MENU

SOALAN LAZIM SOALAN LAZIM

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

  1. En. Elmie Adha bin Ismail
  2. En. Muhammad Fauzan bin Mohd

No telefon : 07-2361211/012 ext. 167
Emel : umum@mpib.gov.my

 

1. Apakah status industri nanas pada masa ini? 
   
  Jumlah keseluruhan keluasan kawasan tanaman nanas yang berdaftar dengan LPNM pada tahun 2006 adalah sebanyak 8,731 hektar di mana 6,380 hektar adalah sektor ladang dan 2,351 hektar adalah sektor kecil. Ianya terus menunjukkan peningkatan yang positif berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.
Bagi tahun 2006, pengeluaran buah nanas sektor ladang dan pekebun kecil untuk hantaran ke kilang menunjukkan sedikit peningkatan di mana sebanyak 87,749.78 tan metrik diterima berbanding 86,740 tan metrik bagi tempoh yang sama pada tahun 2005.
Pengeluaran nanas kaleng dan jus nanas adalah bergantung kepada bekalan yang diterima oleh pihak kilang. Sepanjang tahun 2006, sebanyak 8 buah kilang nanas berdaftar dengan LPNM di mana 2 kilang utama iaitu Lee Pineapple Co. Pte. Ltd. dan Kilang Nanas Malaysia (PCM) masih lagi merupakan pengeluar utama nanas kaleng Malaysia.
Nanas kaleng Malaysia telah memasuki pasaran nanas dunia dengan rangkaian pasaran ke 32 buah Negara. Bagi tahun 2006, jumlah keseluruhan nilai eksport nanas Malaysia adalah sebanyak RM 75.62 juta di mana eksport nanas kaleng adalah RM 56.3 juta manakala bagi pengeluaran nanas pula adalah sebanyak 45,664 tan metrik telah dieksport dengan nilai sebanyak RM 19.32 juta.
   
2. Apakah produk yang boleh dihasilkan daripada nanas?
   
  Pengeluaran produk komersial nanas pada masa kini tertumpu pada nanas kaleng. Namun terdapat pelbagai berasaskan nanas yang boleh dimajukan secara komersial. Antara produk IKS yang dihasilkan daripada nanas ialah Tat Nanas, Jem Nanas, Pineapple Chip, Coklat Dengan Inti Nanas (Chocolate with pineapple filling), Sos Cili Nanas, Sos Masam Manis, Bahulu Nanas (Pineaplle Rolls) dan halwa nanas. Kesemua produk berkenaan boleh dipertingkatkan lagi nilai tambah kepada industri nanas tempatan dan seterusnya meningkatkan lagi pendapatan petani dan usahawan IAT.
Di Indonesia dan Filipina, masyarakat tempatan di sana mencipta benang dan tali daripada serat daun nanas.
   
3. Apakah matlamat yang disasarkan Industri Asas Tani berasaskan nanas di bawah RMK9?
   
  • Melahirkan 100 usahawan IKS dan usahawan tani di seluruh Negara menjelang 2010.
• Memaksimakan pendapatan usahawan-usahawan tani dengan penggunaan nanas secara optima di   mana 20% daripada pengeluaran buah nanas melalui program RTB dan RTS diagihkan kepada Program Pembangunan IAT.
• Penyeragaman jenama produk-produk nanas yang beridentitikan Malaysia.
• Penghasilan produk-produk baru dan formulasi baru yang berdaya saing dan dapat dikomersialkan di peringkat antarabangsa.

 

 

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7  8