awam

Skuas Nanas Skuas Nanas

Skuas Nanas adalah minuman ringan yang berasaskan jus atau jus berserta pulpa dengan tahap pH yang rendah iaitu lebih kurang 2.9 – 3.0. Kelikatan produk adalah pekat dan mengandungi gula yang tinggi. Tahap Brix ialah lebih kurang 40°Bx - 50°Bx. Bahan awet digunakan bagi mengawal pembiakan kulat dan yis serta juga berfungsi sebagai penstabil warna skuas semasa di dalam penyimpanan.

Formulasi Skuas Nanas
Bahan Kuantiti (gm)
 Gula 40.000%
 Asid Sitrik 0.400%
 Xantham Gum 0.250%
 Air 19.330%
 Jus Nanas 40.000%
 Naterium
 Metabisulfit (100 ppm)
0.017%
 Asid Askorbik 0.025%

 

Kaedah Membuat Skuas

 

1.
Isi nanas yang telah dihancurkan dimasak ke suhu 90°C - 95°C. Kemudian ianya ditapis untuk mendapat jus nanas.

2.
Asid sitrik (0.4%) ditambah bagi menyelaraskan pH jus nanas. Dengan penurunan pH dapat mengurangkan pertumbuhan kulat, yis dan bakteria semasa penyimpanan. Kemudian dipanaskan.

3.
Secara berasingan, Xanthum-gum (0.15% - 0.25%) digaul bersama gula supaya rata dan dimasukkan ke dalam jus yang sedang dipanaskan. Kacau hingga semua bahan larut. Xanthum-gum digunakan untuk mengelakkan berlakunya perpisahan di antara pulpa buah dari larutannya.

4.
Panaskan skuas hingga ke suhu 90°C – 95°C selama 4 – 5 minit. Ini adalah untuk membasmi mikroorganisma, yis dan kulat.

5.
Sebelum dituang ke dalam botol plastik, skuas disejukkan sedikit.

6.
Untuk lebih menarik dan lebih berperisa, bahan pewarna dan perisa nanas boleh ditambah.

 

Mukasurat: 1  2