Bahagian Tanaman
i. Pakej Penanaman
- Memajukan tanah dengan tanaman nanas dikawasan-kawasan tanah milik yang terbiar dan keutamaan diberikan kepada projek secara berkelompok / berkumpulan
- Menggalakkan penanaman nanas secara bersepadu / selingan dengan tanaman lain.
- Sub aktiviti:-
a. Proses permohonan
b. Proses kelulusan
c. Proses bekalan benih
d. Proses penanaman (siap tanam 6 bulan selepas kelulusan)
e. Proses bekalan input pertanian
- kadar bantuan : RM 2,400.00/ekar @ RM 5,930.00/ha.

ii. Pakej Penanaman Semula
- Insentif penanaman nanas di atas tanah yang telah @ pernah ditanam dengan nanas.
- Insentif tanaman nanas selepas menerima insentif Pakej Penanaman.

Sub aktiviti:-
a. Proses permohonan
b. Proses kelulusan
c. Proses penanaman (siap tanam 6 bulan selepas kelulusan)
d. Proses bekalan input pertanian.
- kadar bantuan : RM 700.00 ekar @ RM 1,730.00/ha.

iii. Insentif Ladang Kontrak
- Bantuan Input Petanian (racun, benih, baja)
- Bantuan Input Pertanian Tambahan (baja semburan)
- Latihan dan kursus teknikal
- Kemudahan Infrastruktur dan peralatan ladang

*bergantung kepada terma dan syarat dari LPNM
PPTTN
Perkhidmatan dan Aktiviti yang akan dijalankan
1. Pembangunan Teknologi
2. Pembiakan Benih
3. Khidmat Kejenteraan
4. Pembangunan / Penyelenggaraan Tanaman
5. Infrastruktur PPTTN
6. Pembinaan Bangunan Pejabat & Kuarters
Bahagian Pemasaran & Promosi
Bahagian ini bertanggungjawab dalam memberi sokongan kepada bahagian-bahagian lain di bawah LPNM dalam membuat perancangan aktiviti-aktiviti LPNM dengan membekalkan maklumat serta data-data terkini industri. Bahagian ini juga berperanan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan pasaran dan promosi untuk memastikan syer pasaran nanas segar dan kaleng dapat dipertingkatkan atau dikekalkan di mata dunia.
Bahagian Pembangunan Produk & Hiliran
Dua unit teras perkhidmatan Pembangunan Produk dan Hiliran
1. Analitikal
2. Pembangunan Produk
Bahagian Perlesenan & Inspektorat
1. Pendaftaran Pengangkut & Penjual
2. Pendaftaran Kilang
3. Pengesahan Permit Eksport Nanas Kaleng
4. Pengesahan Permit Eksport Nanas
5. Pendaftaran Pengeksport Nanas
6. Senarai Nama Pengeksport Berdaftar Nanas Kaleng
Bahagian Pengembangan & Khidmat Teknikal
Kursus Pemindahan Teknologi Tanaman Nanas dan Pembangunan Insan

Tujuan
Memberi perkhidmatan dan bimbingan melalui proses Transfer of Technology (TOT) daripada penyelidik yang diiktiraf kepada pegawai, pengusaha dan bakal pengusaha nanas seluruh Malaysia berkaitan Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang bermutu dan berkualiti yang diakui diperingkat dunia.
Bahagian Pembangunan Usahawan Tani
Bahagian ini bertanggungjawab untuk membangunkan usahawan di bidang pemprosesan makanan yang menekankan kepada peningkatan kualiti produk agar dapat bersaing ke pasaran global. Penekanan juga diberikan kepada aktiviti pemprosesan atau nilai ditambah dan membangunkan usahawan Industri Asas Tani Nasional yang berdaya saing melalui Program Usahawan Industri Asas Tani Nasional yang bersepadu ke arah peningkatan pendapatan usahawan.