industri

PENGESAHAN PERMIT EKSPORT NANAS SEGAR, ORNAMENTAL, SULUR PENGESAHAN PERMIT EKSPORT NANAS SEGAR, ORNAMENTAL, SULUR

Skop Perkhidmatan

Pengangkut dan Penjual berdaftar dibawah Peraturan Perindustrian Nanas ( Pasaran Eksport ) 1959 adalah tertakluk dibawah Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Pindaan 1990) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2012.


Objektif

      1.  Meluluskan permit Eksport (A.P) nanas segar, sulur nanas dan ornamental bagi pihak Ketua Pengarah Kastam (JKDM).
    2.  Mengawalselia pengeksportan nanas segar, sulur nanas dan ornamental bagi tujuan pengumpulan data perangkaan.

 

Kelayakan  Pendaftaran

      1.  Terbuka kepada individu atau syarikat yang telah berdaftar sebagai Pengangkut/Penjual dengan LPNM.

 

Kaedah  Permohonan

      1.  Individu / Syarikat yang hendak mengeksport perlu berdaftar sebagai Pengangkut/Penjual berdaftar dengan LPNM.
    2. Permohonan AP hendaklah menggunakan sistem atas talian (online) iaitu sistem e-permit yang disediakan oleh Syarikat Dagang Net Technologies Sdn. Bhd.
    3. Individu / Syarikat  hendaklah  mendaftarkan  terlebih  dahulu  dengan  Syarikat  Dagang  Net  Technologies  Sdn. Bhd.  bagi  mendapatkan  nama  ‘user'  dan  ‘password'  sebelum  dibenarkan  akses  ke  dalam  sistem  e-permit.
    4. Untuk maklumat lanjut , sila layari www.dagangnet.com, click ke "ePermit"

 

Tempoh Sah Laku

Tarikh sah laku permit eksport (AP) adalah 12 hari bagi nanas segar dan sulur manakala 5 hari bagi nanas ornamental.