awam

Nanas Kering Nanas Kering

Buah-buah nanas kering diproses dengan menggunakan alat pengering. Buah nanas ini mengandungi sedikit gula tambahan serta bahan tambahan lain (ascorbic acid) untuk menghalang proses pemerangan buah (browning rection).

Namun begitu, penambahan gula halus adalah bergantung kepada citarasa masing-masing. Ini adalah kerana arah aliran permintaan di negara ini lebih menuju ke arah penggunaan makanan asli serta kurang menggunakan bahan tiruan (sintetik). Ramai pengguna kini mementingkan kesihatan. Justeru itu, penambahan gula halus tidak diperlukan. Hasil ini juga boleh dianggap sebagai makanan berkalori rendah dan mempunyai serat (fibre) yang tinggi.

Kaedah Membuat Nanas Kering
 
  Buah nanas dibuang kulit, empulur dan mata. Kemudian dicuci bersih.
  Potong buah nanas tersebut mengikut bentuk ‘chunk’ atau potong mengikut citarasa masing-masing.
  Buah nanas tersebut direndam dalam asid askorbik selama 5 minit.
  Angkat dan toskan buah nanas tersebut.
  Selepas itu, dimasukkan ke dalam oven bersuhu 50°C - 52°C selama 10 jam.
  Keluarkan dari oven dan taburkan sedikit gula halus. Biarkan sejuk sebelum ianya boleh dibungkus.