awam

Jeruk Nanas Jeruk Nanas

Jeruk Nanas merupakan hasil daripada buah nanas yang telah difermentasikan dan diawet dengan menggunakan garam. Proses fermentasi atau pemeraman adalah satu proses pengawetan makanan dengan menggunakan air garam dalam keadaan terkawal untuk menyekat aktiviti enzim dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma.

Formulasi Sirap Untuk Fermentasi Jeruk Nanas
Bahan Kuantiti (gm)
 Jeruk 1 kg
 Larutan Garam (12%)
 Larutan Garam (240 gm)
 Larutan Air (1,760 ml)
2 liter
 Alum 0.40%

 

Formulasi Menyediakan Sirap (1 kg)
Bahan Kuantiti (gm)
 Air 600
 Gula 400
 Asid Sitrik 7
 Alum 2
 Naterium Benzoat (700 ppm) 0.7

 

 Kaedah Membuat Jeruk
1. Proses Fermentasi (Penggaraman selama 2 minggu)

      (a)  Buah nanas dibuang kulit. Kemudian nanas dipotong seperti yang dikehendaki.
    (b) Celur selama 1 minit dalam air mendidih dan toskan.
    (c) Masukkan ke dalam bekas yang mengandungi air garam.
    (d) Rendam dalam air garam (12% - 10%). Setiap hari tambahkan garam untuk naikkan ke tahap yang ditetapkan dan periksa kemasinan air garam sehingga stabil dengan nisbah 1:2.
    (e)  Tindih dengan beg plastik yang mengandungi air untuk mengelakkan nanas timbul dan ditutup untuk mewujudkan keadaan tanpa udara atau udara diminimumkan.

 

2. Proses Mengurangkan Kemasinan dan Kerangupan

      (a)  Apabila proses perendaman air garam siap (selama 2 minggu), keluarkan nanas dan rendam dalam larutan alum 0.4% dengan nisbah 1:4 selama 4 jam hingga satu malam.
    (b) Toskan isi nanas dan bilas bersih.

 

3. Proses Penyediaan Sirap

      (a)  Sediakan larutan gula seperti di bawah dan masak hingga mendidih. Kemudian, campurkan dengan asid sitrik (cuka) dan alum (agen perapuh) serta bahan awet. Biarkan ianya sejuk.
    (b)  Basuh botol dengan air panas untuk membasmi kuman.
    (c) Isikan nanas dalam botol dan masukkan air gula (45ºBx – 50ºBx) ke dalam botol (nisbah 1:1). Buang gelembong udara dan tutup dengan rapat
    (d) Simpan selama 4 – 5 hari sebelum dipasarkan.

 

Mukasurat: 1  2