awam

Jem Nanas Jem Nanas

Jem Nanas disediakan dari buah nanas yang sesuai kematangannya dengan mendidihkannya bersama gula dan bahan tambahan yang dibenarkan sehingga ianya menjadi likat dan kemudian akan beku (set) apabila disejukkan.

Aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan buah nanas untuk membuat jem. Nanas yang dipilih mestilah cukup masak. Nanas yang masih muda mengandungi banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem. Nanas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai warna yang kurang menarik.

Formulasi Untuk Jem Nanas (1 kg Nanas)
Bahan Kuantiti (gm)
 Isi Nanas 1 kg
 Gula 1.22 kg
 Asid Sitrik 4.5 gm
 Pektin 11.2 gm

 

Kaedah Membuat Jem Nanas

1. Buah nanas yang cukup masak dibuang kulit, mata dan empulur. Kemudiannya dibasuh dan dihancurkan.

2. Kemudian isi nanas tersebut dipanaskan perlahan-lahan di dalam kawah.

3. Pektin perlu digaulkan dengan gula sebelum dicampurkan ke dalam kawah yang mengandungi isi nanas yang telah dipanaskan. Masukkan campuran tersebut sedikit demi sedikit untuk mengelakkannya daripada berketul.

4. Kemudian campuran ini dikacau sehingga hampir pekat di mana kandungan gula menunjukkan kepekatan mencapai 68ºBx.

5. Setelah itu, asid sitrik dicampurkan dan dikacau terus sehingga sebati. Jem yang di proses mestilah cukup kandungan asidnya iaitu pH 2.8–3.4.

6. Setelah dimasak, jem tersebut perlu dibotolkan semasa masih panas lagi. Ini perlu bertujuan untuk mengelakkan jem beku (set) sebelum dibotolkan.

7. Botol-botol yang telah diisi mestilah ditutup rapat dengan serta-merta. Ini adalah untuk mewujudkan keadaan separa hampagas (partial vacuum) di bahagian mulut botol. Dengan ini dapat mengurangkan pencemaran mikroorganisma terhadap jem.

 

Mukasurat: 1  2