awam

Iklan Iklan

 

Maaf: Tiada iklan buat masa ini. Terima Kasih.

Iklan Iklan

«Back

Tawaran Bagi Penyewaan Mesin-mesin Pemprosesan Kertas /Benang/Silaj Di Pusat Pemprosesan Sisa Tanaman Nanas, Alor Bukit, Pontian

moa

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

(KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI)

mpib

Tawaran Bagi Penyewaan Mesin-mesin Pemprosesan Kertas /Benang/Silaj Di Pusat Pemprosesan Sisa Tanaman Nanas, Alor Bukit, Pontian
 

 

Permohonan adalah dipelawa untuk menyewa mesin-mesin pemprosesan yang terdapat di Pusat Pemprosesan Sisa Tanaman Nanas (PPSTN), Alor Bukit, Pontian. Tawaran *TIADA TARIKH LUPUT. Permohonan mestilah daripada individu/syarikat yang berminat untuk menjadi usahawan pemprosesan kertas nanas/benang/silaj daun nanas.
 

Syarat-syarat Pemohon:

  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 21 hingga 55 tahun pada tahun semasa, Syarikat yang berdaftar di Malaysia dan telah mengusahakan produk yang berkaitan,atau kertas nanas/benang/silaj daun nanas,
  2. Berkelulusan SPM atau SPMV atau yang setaraf dengannya. Keutamaan diberi kepada lepasan Institut Pertanian (IPSM),
  3. Graduan IPTA / IPTS dalam bidang pertanian dan belia yang mempunyai pengalaman mengusahakan kraftangan kertas daun nanas,
  4. Berdaftar sebagai usahawan bimbingan LPNM,
  5. Mengemukakan cadangan perniagaan / pemprosesan dan dimajukan bersama-sama borang permohonan,dan
  6. Bersetuju dengan jadual penyewaan yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi.
     

Kos Penyewaan :

  • Mesin-mesin yang disewakan adalah:
     
Nama mesin

 

Penyewaan Sehari
(RM)
Penyewaan Sebulan (RM) Nama mesin Penyewaan Sehari
(RM)
Penyewaan Sebulan
(RM)
A) Kertas Nanas B) Silaj
1. Rotray digester 100 70 1. Mesin penghancur pokok nanas 200 150
2. Hydropulper 70 50 2. Mesin convenyor 20 10
3. Seperator 70 50 3. Mixer 30 20
4. Dryer 70 50 4. Satu ‘line’ proses 230 150
5. Hotpress 100 70      
5. Satu ‘line’ proses 300 200
C) Benang Nanas
1. Mesin ekstrak benang daun nanas 70 30
2. Mesin pembersih benang nanas 70 30
3. Satu ‘line’ proses 100 80


Cara Permohonan:

Borang  boleh didapati di Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi, atau dimuat turun melalui laman web www.mpib.gov.my. Hantar borang permohonan kepada :
 

Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No.5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
(u.p: Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi)
 

(* Permohonan berdasarkan undian/giliran/keputusan AJK)


 

Muat Turun BORANG PERMOHONAN