warga lpnm

FUNGSI FUNGSI

Fungsi LPNM seperti diperuntukan di bawah Akta Perindustrian Nanas 1957 (Semakan 1990) (Akta 427) adalah seperti berikut :

   
    Membiayai program-program penyelidikan agronomi dan penyelidikan pemprosesan yang berkaitan industri nanas.
  Merunding perjanjian harga dan gred buah nanas yang dijual ke kilang-kilang nanas berdaftar.
  Mengawal pengeluaran, pasaran buah nanas dan nanas kaleng.
  Mentadbir kawalan mutu dan peraturan-peraturan kesihatan di kilang-kilang nanas berdaftar.
  Menguruskan tabung ses dan menentukan kadar ses.
  Mengumpulkan perangkaan dan menyimpan rekod-rekod perangkaan perusahaan nanas.
  Memberi bantuan kewangan, sama ada dalam bentuk subsidi atau geran kepada sektor pekebun kecil secara keseluruhan atau sebahagian.
  Memberikan perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan industri nanas.