warga lpnm

Bhgn Pengembangan & Khidmat Teknikal Bhgn Pengembangan & Khidmat Teknikal

LATAR BELAKANG

Program pengembangan dan khidmat teknikal merupakan program yang telah dilaksanakan sejak tahun 1971 di mana fokus utama program ini adalah melaksanakan pemindahan teknologi kepada golongan sasar, melaksanakan program pembangunan insan dan menjalankan khidmat perundingan kepada industri. Program ini diadakan bagi membantu dan mendidik para pekebun kecil dan pengusaha nanas mempertingkatkan ilmu teknologi dan pengurusan tanaman nanas bermula daripada teknik-teknik penyediaan tapak, kaedah menanam yang betul, pemilihan benih bermutu, kawalan rumpai dan penyakit sehingga teknologi lepas tuai bersandarkan amalan Good Agriculture Practice (GAP).

Pemindahan teknologi ini dilaksanakan kepada golongan sasar bertujuan untuk meningkatkan produktiviti terutama kepada pengusaha-pengusaha baru mahupun pengusaha persendirian untuk menyertai Rancangan Tanaman Baru. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan tanaman nanas yang dijalankan di kalangan pengusaha nanas melalui penggunaan teknologi yang betul dan input pertanian yang berkesan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengeluaran nanas yang bermutu dan meningkatkan taraf sosioekonomi pengusaha nanas di negara ini.

VISI

Menyalurkan Teknologi Tanaman Nanas terkini secara berterusan kepada pengusaha nanas negara.

MISI

Melahirkan pengusaha nanas yang berdaya maju dan berdaya saing diperingkat tempatan dan antarabangsa.

MOTO

Ilmu, Keyakinan dan Usaha = Asas kejayaan.

DASAR KUALITI

Dalam usaha meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Kami  Anggota Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal komited menyalurkan pengetahuan dan bimbingan secara berterusan kepada pengusaha nanas bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan.

OBJEKTIF KOPORAT

Menyalurkan pengetahuan dan bimbingan Teknologi Pengurusan Tanaman Nanas secara berterusan kepada pengusaha Nanas.

OBJEKTIF UMUM

Menyalurkan pengetahuan dan bimbingan kepada pengusaha nanas seluruh negara untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang berkualiti dan mencapai peningkatan pasaran antarabangsa sebanyak 2% setahun.

OBJEKTIF OPERASI

1. 
Melakukan pendaftaran penanaman nanas mengikut Akta Perindustrian Nanas 1957, Peraturan-Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979 (peraturan 10 (1));
2. Meningkatkan tahap teknologi  selaras dengan Good Agriculture Practice (GAP) kepada penanam – penanam nanas;
3. Memberi nasihat dan bimbingan kepada penanam nanas diperingkat kebun (in-situ) melalui Pegawai Kawasan dan Pegawai Pengembangan;
4. Melaksanakan seminar, kursus Transfer of Technology (TOT) dan pembangunan insan kepada penanam dan pengusaha nanas untuk mencapai piawaian yang ditetapkan oleh LPNM;
5. Mengedarkan risalah, pamplet dan maklumat terkini berkenaan teknologi tanaman nanas dalam bentuk penerbitan kepada penanam dan pengusaha nanas;
6. Menilai tahap pengetahuan dan penerimaan pemindahan teknologi kepada penanam dan pengusaha nanas; dan
7. Memberi pendedahan kepada penanam dan pengusaha nanas melalui Lawatan Teknikal dan Pengumpulan Maklumat ke sektor – sektor yang terlibat dengan industri nanas.

 

CARTA ORGANISASI

Mukasurat: 1  2