warga lpnm

Bhgn Pembangunan Usahawan Tani Bhgn Pembangunan Usahawan Tani

 

VISI

 

"Melahirkan usahawan Industri Asas Tani yang berdaya saing dan kreatif ke arah mempelbagaikan produk berkualiti berasaskan nanas.”

 

 

MISI

"Meningkatkan jumlah usahawan ke arena global serta mempertingkatkan dan menambah baik kualiti dan kuantiti produk berasaskan nanas supaya dapat bersaing ke peringkat antarabangsa.”

 

 

 

OBJEKTIF

KORPORAT
Melahirkan dan membangunkan usahawan yang kreatif dan berdaya saing dalam membangunkan kepelbagaian produk berasaskan nanas.

UMUM
Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan bagi mencapai tahap aduan sifar.

KHUSUS

 

i. Meningkatkan daya saing produk-produk hiliran berasaskan nanas yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
ii. Meningkatkan kualiti dan keselamatan makanan (food security) produk-produk hiliran berasaskan nanas dalam memenuhi standard kualiti & piawaian antarabangsa GMP, SIJIL HALAL, GHP & HACCP.
iii. Melahirkan usahawan yang mahir dalam ilmu keusahawanan & mempunyai kesedaran teknologi yang tinggi dalam menghasilkan produk-produk hiliran berasaskan nanas.

 

PIAGAM PELANGGAN


KAMI WARGA BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TANI
BERJANJI AKAN SENTIASA KOMITED KEPADA PENGELUARAN
BERKUALITI DAN PERKHIDMATAN YANG BERKESAN
UNTUK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
SEPERTI DI BAWAH

1. Tempoh pemprosesan borang permohonan usahawan bimbingan dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas borang diterima oleh Bhg. PUT.
2. Tempoh pemberitahuan bertulis kelulusan permohonan pendaftaran usahawan bimbingan dalam masa lima (5) hari bekerja.
3. Tempoh pemberitahuan kelulusan mengikuti kursus/latihan/bimbingan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sebelum bermula kursus/latihan/bimbingan.
4.
Menyediakan latihan khidmat nasihat dan pemantauan kepada usahawan IKS berdaftar sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.
5.
Menyelesaikan aduan pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
6. Menjawab surat dalam masa tiga (3) hari bekerja bermula dari tarikh penerimaan surat ke Bhg. PUT.
7. Setiap panggilan telefon akan dilayan dalam tempoh masa tiga (3) deringan.

 

 

FUNGSI BAHAGIAN

1. Merangka dan melaksanakan program pembangunan usahawan.
2. Menggerakkan pembangunan produk tambah nilai berasaskan nanas.
3. Mengkaji dan memantau impak program pembangunan usahawan.
4.
Menyimpan data-data rekod usahawan yang telah berdaftar dengan LPNM.
5.
Membuat lawatan dan menilai perlaksanaan projek yang telah dijalankan.
6. Memindahkan teknologi dan hasil kajian produk hiliran nanas kepada golongan sasaran untuk mempertingkatkan produktiviti dan pengkomersialan (TOT).
7. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan keusahawanan kepada usahawan berdaftar.
8. Mengkaji dan membuat penilaian ke atas keberkesanan kursus-kursus keusahawanan yang dijalankan sama ada memberi impak positif kepada golongan sasaran.
9. Mengurus dan mentadbir kilang bimbingan dan pusat satelit inkubator.

Mukasurat: 1  2