warga lpnm

Bhgn Pemasaran & Promosi Bhgn Pemasaran & Promosi

FUNGSI BAHAGIAN PEMASARAN DAN PROMOSI



1. Aktiviti berasaskan Peraturan-peraturan nanas (Pemasaran Eksport) 1959

2. Membangunkan rangkaian pasaran dalam dan luar negeri dan juga membina hubungan baik dengan bakal-bakal pengimport yang sedia ada untuk terus membeli buah nanas dan produk-produk nanas Malaysia.

3. Menggalakkan pelaburan dalam industri nanas.

4. Mengadakan pameran dalam dan luar negeri.

5. Mengadakan risikan pasaran terutama mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai pasaran nanas dunia, kelebihan-kelebihan pesaing di negara lain dan mencadangkan penambahbaikan keatas pemasaran yang sedia ada.

6. Sebagai pengantaraan di dalam mewujudkan kerjasama erat diantara pekilang-pekilang, pengeksport-pengeksport nanas dan agen-agen perkapalan serta syarikat perkapalan agar sama-sama dapat manfaat di atas kemantapan dan kelangsungan

7. Bertanggungjawab dalam kajian yang berkaitan dengan penambahbaikan industri hiliran berasaskan nanas untuk perkembangan industri nanas.



OBJEKTIF BAHAGIAN PEMASARAN DAN PROMOSI


1. Meningkatkan syer pasaran nanas kaleng dunia dari 2% kepada 10% menjelang tahun 2010.

2. Meningkatkan eksport nanas segar daripada 60,000 metrik tan kepada 150,000 metrik tan bagi tahun 2010

3. Menjamin pasaran baru dalam dan luar negeri bagi produk IKS berasaskan logo halal ke Negara-negara islam

4. Memperkenalkan industri nanas sebagai produk pelancongan negara

5. Membangunkan system teknologi maklumat untuk urusan perhubungan dan pertukaran maklumat dalam urusan kerja



   
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PROMOSI


1. Menyelesaikan proses pemadanan perniagaan dalam tempoh 5 hari bekerja bermula dari permohonan dikemukakan.

2. Menjawap maklumat pasaran yang diperlukan oleh pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja bermula dari pertanyaan dikemukakan.

3. Menyelesaikan kes lambakan buah dalam tempoh 7 hari bermula dari aduan diterima.

4. Memberikan maklumbalas terhadap surat-surat jemputan pameran/promosi dalam tempoh masa 3 hari berkerja.