awam

Bebola Daging Fiber Nanas Bebola Daging Fiber Nanas

Bebola Daging Fiber

 

Makanan sejuk beku telah mendapat perhatian sejak lama dulu. Kewujudan produk ini banyak memudahkan pengguna yang tidak banyak masa dalam menyediakan makanan-makanan yang diingini. Seiring dengan itu, bebola daging fiber nanas telah dibangunkan bagi memeriahkan lagi produk-produk sejuk beku yang sedia ada di pasaran. Produk baru ini adalah hasilan daging hancur yang dicampurkan dengan fiber atau serat nanas. Seperti yang kita ketahui, serat nanas ini akan dibuang selepas jus nanas diekstrak daripada puri nanas.
 

Selepas serat ini diperolehi, serat akan dikeringkan didalam oven atau alat pengeringan sehingga mencapai tahap yang dikehendaki. Serat yang telah dikeringkan, akan dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti tepung, daging hancur dan beberapa bahan lain. Kemudiannya, bancuhan daging ini akan dibentuk bebola, direbus separuh masak, dipek dan disejuk bekukan. Bebola daging fiber nanas ini boleh direbus dan digoreng bagi menikmatinya.

 

Cara Penghasilan

 

1. Daging diadun bersama garam selama 10-15 minit
2. Masukkan TPP, air batu, dan bahan-bahan lain
3. Bahan diadun hingga sebati selama 10 minit

 

Fakta Nutrisi

Saiz hidangan: 30g
135 kilo kalori
21g karbohidrat
3g dietary fiber
10g gula
2g protein

 

Mukasurat: 1  2