warga lpnm

Unit Audit Dalam (UAD) Unit Audit Dalam (UAD)

  LATAR BELAKANG
   
  Unit Audit Dalam (UAD) telah diwujudkan di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) pada tahun 2008 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Audit Dalam merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman LPNM dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah LPNM.
 
  Unit Audit Dalam berperanan penting dalam membantu pihak pengurusan LPNM dalam membaiki kelemahan dalam pengurusan wang awam serta menyimpan rekod-rekod kewangan dan perakaunan bagi menentukan peraturan-peraturan kewangan dan undang-undang berkaitan dengannya dipatuhi. UAD juga membantu dalam mempertingkatkan sistem pengurusan dan penggunaan sumber kewangan, anggota, harta benda dan lain-lain dalam melaksanakan sesuatu aktiviti/program supaya ianya diurus dengan cekap, berkesan dan berekonomi.

  VISI UNIT AUDIT DALAM
   
  Berazam menjadikan Unit Audit Dalam sebagai unit yang cekap serta berusaha secara berterusan kea rah kecemerlangan untuk mencapai objektif dan memenuhi keperluan pelanggan serta pihak-pihak berkepentingan iaitu dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan tepat pada masanya.

  MISI UNIT AUDIT DALAM
   
  Meninggikan produktiviti kerja dengan perhatian penuh kepada penghasilan kerja yang berkualiti tinggi di semua peringkat dan pengeluaran laporan audit yang cepat dan tepat.

  OBJEKTIF
 
Membantu LPNM mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus;
Untuk membantu pihak pengurusan atasan LPNM mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan;
Membantu pihak pengurusan LPNM menentukan program dan aktiviti, diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian.
   
  FUNGSI
 
Membantu pengurusan LPNM mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada pekeliling, peraturan dan prosedur yang ditetapkan;
Membantu pengurusan LPNM menentukan program dan aktiviti diurus dengan cekap, berkesan, bersesuaian dan ekonomik;
Mengkaji dan menilai sistem-sistem dan prosedur-prosedur organisasi bagi menentukan kawalan dalaman mencukupi dan berkesan;
Mengkaji samada dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi;
Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
Membuat pemantauan keatas perolehan-perolehan agensi selaras dengan SPP Bil 12/2007
Mengemukakan penemuan dan syor Audit kepada melalui laporan-laporan bebas, objektif dan tepat pada masanya demi meningkatkan tahap akauntabiliti dan pengurusan kewangan;
Menyusuli laporan dan pemerhatian audit yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara;
Membuat pemantauan dan pelaksanaan audit/naziran kewangan dan projek-projek pembangunan;
Mengemukakan laporan Audit kepada Jemaah Lembaga, Jawatankuasa Audit, Ketua Pengarah dan Jawatankuasa Tadbir Urus Dan Integriti (JKTUI);
Menyediakan Rancangan Audit Tahunan kepada Jawatankuasa Audit untuk kelulusan;
Menyediakan Laporan Audit Tahunan dan diedarkan kepada pengurusan tertinggi LPNM.
   
   

Mukasurat: 1  2  3