MENU

SOALAN LAZIM SOALAN LAZIM

12. Berapakah insentif skim RTB dan RTS yang diberikan kepada pekebun kecil?
   
   
  Intensif ini adalah berbentuk pemberian input pertanian seperti benih/sulur nanas, racun rumpai, baja dan hormon yang bernilai RM2,400.00 per ekar bagi RTB dan RM700.00 per ekar bagi RTS.
   
   
13. Apakah skim yang boleh dimanfaatkan oleh pekebun kecil dalam industri nanas?
   
  LPNM menyediakan geran insentif input pertanian di bawah subprojek Rancangan Tanam Baru (RTB) dan Rancangan Tanam Semula (RTS). Selain itu, LPNM turut menyediakan khidmat sokongan seperti menyalurkan pemindahan teknologi melalui kursus penanaman nanas dan lawatan sambil belajar di Pusat Penyelidikan Teknologi Tanaman Nanas serta kursus untuk para usahawan dan usahawan tani yang berminat menceburi bidang industri asas tani berasaskan nanas.
   
   
14. Apakah peranan dan fungsi LPNM dalam membangunkan industri nanas Malaysia?
   
   
  Di dalam Undang-undang Malaysia Akta 427, Akta Perindustrian Nanas 1957 (disemak 1990) telah menggariskan beberapa fungsi utama dalam melaksanakan tanggungjawabnya memajukan industri nanas Malaysia seperti berikut:
• Membiayai program-program penyelidikan agronomi dan pemprosesan yang berkaitan dengan industri nanas (Fungsi telah diambihalih oleh MARDI pada tahun 1974)
• Merundingkan perjanjian harga dan gred buah nanas untuk dijual ke kilang-kilang nanas berdaftar.
• Mengawal pengeluaran harga, pasaran buah nanas dan nanas kaleng.
• Mentadbir kawalan mutu dan peraturan-peraturan kesihatan di kilang-kilang nanas berdaftar.
• Menguruskan tabung ses dan menentukan kadar ses.
• Mengumpulkan perangkaan dan menyimpan rekod-rekod perangkaan industri nanas.
• Memberikan bantuan kewangan, samada bentuk subsidi atau geran kepada sektor pekebun kecil    secara keseluruhan atau sebahagian.
• Memberikan perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan industri nanas.

 

 

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7  8