MENU

SOALAN LAZIM SOALAN LAZIM


11.
Apakah prospek industri dan pasaran nanas pada masa depan?
   
  Pasaran Domestik
Pasaran domestik bagi nanas segar Malaysia, pada amnya tidak menghadapi persaingan nanas segar daripada negara luar. Hanya nanas segar daripada negara Thailand sahaja yang diimport masuk dalam tahun 2005 iaitu sebanyak 305 metrik tan yang bernilai kira-kira RM 300,000. Ini memberikan satu senario yang baik bagi memperkembangkan pasaran tempatan bagi nanas segar keluaran tempatan untuk kegunaan domestik tanpa bergantung kepada nanas segar import.
 
Terdapat 3 varieti nanas bagi kegunaan segar di pasaran tempatan iaitu Morris, Josapine dan Sarawak. Ketiga-tiga vareiti ini juga dieksport ke destinasi negara pengimport yang terdekat khasnya Singapura dan Brunei. Sementara varieti nanas segar jenis N36 adalah bagi tujuan dieksport secara segar kerana mempunyai persamaan dengan kumpulan nanas segar dari jenis 'Smooth Cayenne' yang mempunyai daya ketahanan jangkahayat yang lebih panjang yang membolehkan ianya dieksport melalui jalan laut menggunakan kontena sejuk.
Penggunaan perkapita nanas segar di Malaysia adalah sebanyak 1.7 kg setahun. Kuantiti ini adalah merupakan 6% daripada jumlah penggunaan perkapita buah-buahan segar di Malaysia iaitu sebanyak 27.74 kg/seorang/setahun (kajian dalam tahun 2005 bagi penggunaan 15 jenis buah-buahan). Jumlah ini ternyata begitu kecil berbanding dengan penggunaan per kapita di negara-negara lain. Satu program promosi yang boleh memberi impak yang berkesan perlu dibuat bagi menggalakkan penduduk Malaysia untuk menggunakan lebih banyak buah-buahan tempatan selaras dengan meningkatnya kesedaran tentang khasiat makanan seimbang dan selamat dikalangan penduduk dunia.
Dengan strategi promosi yang bersistematik, penggunaan perkapita nanas segar Malaysia diharapkan dapat mencecah ke paras 7.0 kg setahun (anggaran seorang penduduk Malaysia menggunakan 6 biji nanas setahun).
Sekiranya sasaran ini dapat dicapai dengan anggaran jumlah penduduk Malaysia sebanyak 20 juta, maka dijangkakan sebanyak 140,000 metrik tan nanas segar diperlukan bagi mengisi pemintaan domestik bagi nanas segar sahaja.
Sekiranya sasaran ini dapat dicapai dengan anggaran jumlah penduduk Malaysia sebanyak 20 juta, maka dijangkakan sebanyak 140,000 metrik tan nanas segar diperlukan bagi mengisi pemintaan domestik bagi nanas segar sahaja.
Dianggarkan pada tahun 2006, pasaran domestik nanas adalah sebanyak 30.5 metrik tan/sebulan. Data ini diambil berdasarkan kaji selidik yang dijalankan di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur.
Dengan gabungan pengeluaran nanas jenis Josapine (30%), Morris (50%), Sarawak (10%) dan N36 (10%) bagi kegunaan segar bagi pasaran domestik (70%) dan dieksport (30%), maka sasaran pengeluaran nanas negara sebanyak 1.0 juta metrik tan dapat dicapai, sementara 760,000 metrik tan lagi ditanam bagi tujuan perkilangan (kaleng 80% : jus nanas 20%) bagi tujuan eksport (70%) dan kegunaan tempatan (30%).
 
Berikut adalah senarai pemborong nanas bagi pasaran domestik:-
Nanas (Mauritius)

 

Nama Alamat No. Telefon
Star Sun Trading 194,Jalan 2/3A,Pasar Borong Kuala Lumpur 03-61378853
Kong Foong No.H2 & G2, Pasar Borong Kuala Lum Pur 03-61382608
The Chwan Seng No 206,Jalan 2/3A,Pasar Borong Kuala Lumpur 03-61364166
Sen Lee Fruits Trading No.208 & 210, Jalan 2/3A, Pasar Borong Kuala Lumpur 03-61367966
Perniagaan Ban Heng Henng 44 - 46,Lorong Haji Taib Satu,50350 Kuala Lumpur 03-2925316
C B Fresh Produce M Sdn Bhd 32,Lorong Haji Taib Satu,50350 Kuala Lumpur 03-2924580
Sin Wah Trading 24,Lorong Haji Taib Satu,50350 Kuala Lumpur 03-2948189
Unifruitti Produce M Sdn Bhd 35,Lorong Haji Taib Satu,50350 Kuala Lumpur 03-2926866
Perniagaan Buah Sang Kee No ,188,Jalan 2/3A, Pasar Borong Kuala Lumpur 03-61201993
How Brothers No. 37,Lorong Hj. Taib 4, 50350 Kuala Lumpur. 019-6649286
Hong Hwee Trading No 30, Lorong Haji Taib 3, Off J.Raja Laut 50350 Kuala Lumpur 03-40412830
Tan Hock Kow No 298, Jalan Hj Taib 3, 50350 Kuala Lumpur. 03-2982237
Hup Lee Fatt Kee Trading Co No 1, Lorong Haji Taib 1,50350 Kuala Lumpur 03-2901980
Sri Bani Mohd Nor No 52-53 Pasar Tani Borong Selayang  
Lim Ah Hock No 60,Pasar Pekan Sungai Pelek  
Chop Chai Huat 104, Prangin Market, Pulau Pinang 04-2620895
Choo Chip Leong No.13 Off Jln. Laksamana 30300 Ipoh Perak 05-2415826
Hong Cheong Co No.13 Pasar Borong Buah Ipoh Perak 05-2515826
Lim Tee Jalan Besar, Pekan Banting  
Kok Ching Huat Trading 14, Lorong Sri Kijang 42, Tmn Sri Kijang Alma Tiada
Kooi Kee No.8 Pasar Borong Buah Off Jln.Laxsamana Ipoh 05-245294
Lee Ah Khew No.11 Off Jalan Laxsamana Ipoh Perak 05-2538737
Eng Huat Trading No 103,Jln Perwira 2,Tmn U.Ungku Aminah,Skudai,Johor 07-5563862
Abdul Hamid Bin Che Wan Kg.Air Putih,Junjung  

 

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7  8