MENU

SOALAN LAZIM SOALAN LAZIM

4. Apakah fungsi PPTTN?
   
  Pusat Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas (PPTTN) Alor Bukit,Pekan Nanas,Johor merupakan salah satu daripada 4 sub projek utama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Pusat pembangunan yang terletak di dalam keluasan 105 hektar ini digunakan sepenuhnya untuk menjalankan projek pembiakan benih , penerangan teknologi baru untuk penilaian, mengadakan petak varifikasi dan ujian kegunaan bahan-bahan input pertanian yang terkini. Segala maklumat dari stesen ini akan disalurkan untuk menyokong aktiviti-aktiviti Khidmat Pengembangan yang disampaikan kepada sektor pekebun kecil.
Antara objektif PPTTN adalah:-
• Meningkatkan tahap teknologi baru selaras  dengan GAP kepada penanam-penanam nanas.
• Memberi nasihat dan bimbingan kepada penanam nanas diperingkat kebun(in-situ).
• Menganjurkan seminar, kursus TOT dan program pembangunan insan.
• Menerbit dan mengedarkan risalah-risalah, nota panduan, pamplet dan maklumat–maklumat terkini untuk kegunaan awam.
• Menjalankan pendaftaran penanam nanas mengikut Peraturan-Peraturan Industri Nanas (Kawalan Buah) 1959.
• Menilai tahap penerimaan dan keberkesanan pemindahan teknologi kepada pekebun.
• Memberi pendedahan kepada pekebun nanas melalui program lawatan sambil belajar ke sektor-sektor yang terlibat dengan industri nanas untuk meransang kepada perubahan sikap ke arah petani maju.
   
5. Bagaimana caranya untuk memohon insentif-insentif tersebut?
   
  Permohonan bagi mendapatkan insentif RTB dan RTS boleh dibuat secara terus kepada :-
 Pengarah Bahagian Pembangunan LPNM,
 Jalan Abas,
 82000 Pontian,
 Johor Darul Takzim.
 Tel: 07-6871688
 Fax: 07-6875388
   
6. Apakah syarat-syarat permohonan bagi mendapatkan geran insentif RTB dan RTS?
   
  Kelayakan bagi mendapatkan insentif RTB dan RTS ialah:-
a. Berdaftar dengan LPNM
b. Warganegara Malaysia
c. Hak milik tanah yang jelas
d. Bertaraf pekebun kecil

 

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7  8