warga lpnm

PIAGAM PELANGGAN PIAGAM PELANGGAN

"Kami mempunyai komitmen untuk memberi perkhidmatan dengan penuh kemesraan, prihatin, amanah, cekap dan menepati masa"

Kami berjanji untuk :  

 

   1.   Memberi kelulusan ke atas permohonan lengkap Skim Bantuan Penanaman Nanas dalam tempoh Enam (6) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  2.   Mengeluarkan Sijil Pendaftaran sebagai Pekilang Nanas dan Pekilang Kecil Nanas dalam tempoh Empat (4) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  3.   Mengeluarkan sijil sebagai Pengangkut dan Penjual Nanas Segar dalam tempoh Satu (1) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  4.   Memperakukan dan meluluskan Approval Permit (AP) untuk mengeksport produk nanas, nanas segar dan ornamental dalam tempoh tidak melebihi Satu (1) hari bekerja.

  5.   Mengeluarkan Sijil Pendaftaran sebagai Pengeksport Nanas Kaleng dalam tempoh Satu (1) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  6.   Mengeluarkan Sijil Perakuan kualiti/Sijil Kesihatan untuk produk-produk berasaskan nanas dalam tempoh Tiga (3) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
       
  7.   Memberikan Kelulusan ke atas permohonan sebagai usahawan berdaftar dalam tempoh Empat (4) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  8.   Memberikan maklumbalas daripada pemantauan yang telah dibuat oleh pegawai ke premis usahawan dalam tempoh Satu (1) minggu selepas tarikh lawatan pemantauan.
       
  9.   Memberi maklumbalas pemadanan perniagaan untuk produk segar dan IKS dalam tempoh Satu (1) minggu bermula dari tarikh permintaan.
       
  10.   Cek bayaran dikeluarkan kepada semua syarikat dan orang perseorangan yang berurusan dengan LPNM dalam tempoh Satu (1) minggu daripada bil dan invois lengkap diterima.
       
  11.   Memberi maklumbalas kepada setiap aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh Tiga (3) hari waktu bekerja.