warga lpnm

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERUTUSAN KETUA PENGARAH

bismilah

YH Dato' Hj Mohd Anim Bin Hosnan


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Selamat datang ke Laman Portal Rasmi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia! Terima kasih kerana keperihatinan terhadap industri nanas Malaysia.


Kemajuan teknologi digital semakin hari semakin berkembang pesat. Teknologi digital ini berkait rapat dengan ICT. Peranan ICT telah mewujudkan fenomena komunikasi alaf baru dan menjadikan dunia kini tanpa sempadan. Perkhidmatan awam juga perlu memanfaatkan teknologi ICT dalam meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan sistem penyampaian kepada orang ramai. Justeru itu, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mengorak langkah proaktif mengaplikasikan ICT dalam melaksanakan fungsi dan peranan LPNM bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

Kewujudan laman web atau portal LPNM ini mencerminkan keperihatinan LPNM untuk menyalurkan maklumat dengan cepat, tepat dan berkesan kepada orang ramai terutamanya pengusaha-pengusaha yang terlibat dalam industri nanas. Ia memaparkan pelbagai info tentang industri nanas di Malaysia, projek-projek pembangunan industri nanas dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh LPNM.

Selain daripada itu, saya mempelawa dan mengalu-alukan orang ramai mengemukakan sebarang cadangan yang konstruktif bagi menambahbaik laman web ini. Saya juga berharap semoga laman web ini mampu menjadi wacana dalam menyalurkan maklumat penting dan berguna tentang industri nanas Malaysia dengan efektif kepada semua pengunjung agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya, seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan kelestarian industri nanas Malaysia. Selamat melayari laman web LPNM!


"LPNM Peneraju Industri Nanas Negara"

 

Sekian, terima kasih.

YH Dato' Hj Mohd Anim Bin Hosnan
Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia