warga tani

Penyediaan Kawasan Penyediaan Kawasan

Muat turun Manual Pengurusan Tanaman Nanas (Moris, Gandul, N 36, Josapine)(PDF)

PENYEDIAAN KAWASAN

Ada perbezaan perlaksanaan di antara kawasan tanah gambut dan tanah mineral.

Tanah Gambut.

Saliran

  1. Saliran berupa peparitan perlu dibina dahulu bagi menurunkan paras air yang sememangnya keadaan tanah gambut di Malaysia selalunya menakung air.


Jenis Parit
Ukuran
Utama
1.5x1.2x1.2
Kedua
1.2x0.9x0.9
Ladang
0.9x0.9x0.6


   
2.Saliran yang berlebihan pula akan mempercepatkan proses kesusutan mengakibatkan tanah kekeringan berterusan. Pertumbuhan pokok akan terganggu.

Menebang dan Pembersihan  Kawasan
 1.Dilakukan dalam musim panas, 3-4 bulan kemudian kayu akan kering.

Pembinaan Jalan & Lorong
1. Kayu-kayu besar dipotong 5m panjang, disusun melintang di atas jalan-jalan cadangan sebagai pelapik penyokong. Batu-batu laterit dimampatkan setebal 10-20cm melapisi atasnya.
2. Lorong-lorong dibina daripada lapisan laterit setebal 10-20 cm dan selebar 3-4m.