warga tani

Penyediaan Bahan Tanaman Penyediaan Bahan Tanaman

PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN

1.Pokok nenas boleh ditanam daripada bahagian tampangnya seperti jambul, sulur tangkai, sulur udara atau sulur tanah.

Pemilihan Benih
Pilih benih dari pokok induk yang mempunyai ciri-ciri berikut:-

1.pokok sihat dan subur
2.berbuah besar
3. bertangkai pendek dan tegap
4.berjambul tunggal
 Pemilihan akan meningkatkan hasil 10-15%

Pengambilan Benih

Kutip benih setelah mencapai saiz 30-60 cm (1'-2') panjang iaitu lingkungan dari tarikh memetik.

Pengkelasan Benih
Asingkan benih mengikut saiz berikut:

Kecil 30cm(1')
Sedang 45cm(1.5')
Besar 60cm(2')


 
Penyimpanan Benih


Apabila perlu disimpan sebelum ditanam, langkah penyimpanan perlu dituruti bagi mengelakkan kerosakan dan musnah.
1.Benih disusun selapis dengan kedudukan bahagian pangkal diterbalikkan ke atas.
2.Disimpan di tempat yang bernaung.
3.Pastikan penyimpanan tidak melebihi 1 bulan.

Rawatan Benih
Jika diperlukan pembasmian serangga atau kulat, benih dicelupkan ke dalam larutan racun serangga atau kulat.

Racun serangga      :      24ml Malathion + 18l(4gelen) air
Racun kulat            :     Bancuhan Benlate 75C