industri

PENGESAHAN PERMIT EKSPORT NANAS KALENG PENGESAHAN PERMIT EKSPORT NANAS KALENG

 

Skop Pekhidmatan

Pekilang / Pengeksport berdaftar dibawah Peraturan Perindustrian Nanas ( Pasaran Eksport ) 1959 adalah tertakluk dibawah Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Pindaan 1990) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2012.

 

Objektif

  1. Meluluskan permit eksport (AP) nanas kaleng pihak Ketua Pengarah Kastam (JKDM).
  2. Mengawal pengeluaran dan pengeksportan nanas kaleng bagi tujuan pungutan ses dan statistik.

 

Kelayakan  Pendaftaran

  1. Terbuka kepada individu/syarikat yang memiliki sijil pendaftaran sebagai Pengeskport daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
  2. Mengeksport hanya produk-produk nanas kaleng atau jus nanas yang diproses di mana-mana kilang di Malaysia.

 

Kaedah  Permohonan

 

 

      1.  Individu / Syarikat  yang  hendak  berdaftar  terlebih  dahulu  berdaftar  sebagai  pengeksport  berdaftar  dengan  LPNM.
    2. Permohonan  AP hendaklah  menggunakan  sistem atas talian (online) iaitu  sistem  e-permit  yang  disediakan  oleh  Syarikat  Dagang  Net  Technologies  Sdn. Bhd.
    3. Individu / Syarikat  hendaklah  mendaftarkan  terlebih  dahulu  dengan  Syarikat  Dagang  Net  Technologies  Sdn. Bhd.  bagi  mendapatkan  nama  'user'  dan  'password'  sebelum  dibenarkan  akses  ke  dalam  sistem  e-permit.
    4. Untuk maklumat lanjut , sila layari www.dagangnet.com. click ke "ePermit"

 

Tempoh Sah Laku

Tarikh sah laku permit eksport (AP) nanas kaleng adalah 5 hari daripada tarikh permohonan eksport dibuat.