industri

PENDAFTARAN PENGEKSPORT NANAS PENDAFTARAN PENGEKSPORT NANAS

Skop Pekhidmatan

Individu/syarikat/koperasi yang hendak mengeksport nanas kaleng dan jus nanas sepertimana dinyatakan di dalam Akta Perindustrian Nanas 1957 (Peraturan Pemasaran Eksport 1959).

Objektif

Memastikan pengeksport nanas kaleng dan jus nanas hanya mendapatkan bekalan nanas kaleng dan jus nanas dari kilang nanas berdaftar sahaja bagi menjamin kualiti eksport.

Kelayakan  Pendaftaran

Terbuka kepada dikalangan individu/syarikat/koperasi yang hendak mengeksport nanas kaleng dan jus nanas.

Kaedah  Permohonan

1. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Bahagian Pelesenan & Inspektorat seperti alamat di bawah:-

    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
   
Bahagian Pelesenan & Inspektorat
    Wisma Nanas, Jalan Padi Mahsuri,
    Bandar Baru Uda,
    81200 Johor Bahru
    Johor.


    Tel : 07-2361211
    Faks : 07-2365694

ATAU boleh didapati secara muat turun dari laman web rasmi LPNM di bawah nama tajuk “Borang I” Peraturan Perindustrian Nanas (Pemasaran Eksport) 1959.

2. Wang Deposit sebanyak RM 2,000.00 dikenakan bagi pendaftaran pertama kali dibuat samada menggunakan wang tunai atau wang pos atau cek diatas nama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - No Akaun CIMB : 8601509846

3. Permohonan boleh dilakukan secara terus ke Pejabat Bahagian Pelesenan & Inspektorat atau melalui pos bersama slip bank yang asal sebagai bukti pembayaran deposit telah dibuat.

4. Wang deposit RM 2,000.00 tersebut akan dikembalikan jika pengeksport tidak lagi aktif menjadi pengeksport nanas berdaftar.

5. Sila kemukakan resit kewangan LPNM atau bukti pendaftaran dengan LPNM apabila menuntut kembali wang deposit berkenaan.

6. Pendaftaran ini perlu diperbaharui setiap tahun tanpa sebarang bayaran melalui notis pemberitahuan memperbaharui pendaftaran LPNM.

 

Tempoh Sah Laku

Tarikh  sah  laku  pendaftaran  adalah  bermula  dari  tarikh  pendaftaran  dan  berakhir  pada  31hb. Disember  setiap  tahun.

 

Senarai Semak

  1. Borang I
  2. Bayaran RM2000.00
  3. Salinan Photostat Sijil Pendaftaran SSM
  4. Salinan Photostat Kad Pengenalan Pemohon (depan & belakang)