industri

PENDAFTARAN PENGANGKUT & PENJUAL PENDAFTARAN PENGANGKUT & PENJUAL

Skop Pekhidmatan

Pengangkut/Penjual buah nanas sama ada orang perseorangan/syarikat /koperasi yang mengangkut buah nanas ke kilang-kilang berdaftar dan penjual buah nanas segar sepertimana dinyatakan dalam Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979


Objektif

Mengawal selia perjalanan semua perkara berhubung dengan kegiatan pengangkut/penjual berdaftar yang berkenaan dengan industri nanas.


Kelayakan Pendaftaran

Terbuka kepada pengangkut/penjual yang terdiri daripada orang perseorangan/syarikat/koperasi yang menjual/mengangkut buah nanas.



Kaedah Permohonan

1. 

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Bahagian Pelesenan & Inspektorat seperti alamat tertera di bawah :-

    Lembaga  Perindustrian  Nanas  Malaysia,
    Bahagian Pelesenan & Inspektorat
    Wisma Nanas, Jalan Padi mahsuri,
    Bandar  Baru  Uda,
    81200  Johor  Bahru.
    Johor.
   
ATAU  boleh  didapati  secara  muat  turun  dari  laman  web  rasmi  LPNM  di bawah  nama  tajuk  ”Borang  VI”  dan  ”Borang VIII”  Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979.

2. Wang  pendaftaran  sebanyak  RM 20.00  dikenakan  setiap  kali  pendaftaran dibuat  samada  menggunakan  wang  tunai  atau  wang  pos  atau  cek  di atas nama  Lembaga  Perindustrian  Nanas  Malaysia - No Akaun CIMB : 8601509846
 
3. Pembayaran boleh dilakukan secara terus ke Pejabat Bahagian Pelesenan & Inspektorat melalui pos bersama borang pendaftaran yang lengkap diisi.

 

Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku pendaftaran adalah bermula dari tarikh pendaftaran dan berakhir pada 31hb. Mac setiap tahun.

 

Senarai Semak

  1. Borang VI atau Borang VIII
  2. Bayaran RM20.00
  3. Salinan Photostat Sijil Pendaftaran SSm
  4. Salinan Photostat Kad Pengenalan Pemohon (depan & belakang)