industri

PENDAFTARAN KILANG NANAS / KECIL PENDAFTARAN KILANG NANAS / KECIL

Skop  Perkhidmatan

Individu/syarikat/koperasi yang terlibat di dalam aktiviti pengeluaran nanas kaleng dan jus nanas sepertimana dinyatakan dalam Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 di bawah Seksyen 14 dan tertakluk di dalam Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Kilang Mengetin) 1959.


Objektif

      1. 
Mengawalselia pasaran buah nanas pekebun kecil bagi tujuan pengetinan serta memantau harga dan kadar penolakan buah nanas pekebun kecil di kilang berdaftar.
    2.
Mengawalselia kualiti pemprosesan hasilan memenuhi Spesifikasi dan Peraturan seperti berikut :-
      2.1.1
Peraturan  Perindustrian  Nanas ( Gred, Tanda  &  Label ) 1959
      2.1.2
Peraturan  Makanan  Malaysia  1985
      2.1.3
Specification  For  Canned  Pineapple  MS 302:2003
      2.1.4
Specification  For  Canned  Pineapple  Juice  MS 714:1981

 

Kelayakan  Pendaftaran

      1.
Terbuka  kepada  pekilang  yang  memproses  nanas  kaleng  atau  kilang  yang memproses  hasilan  berasaskan  nanas.
    2.
Bagi  kilang  memproses  nanas  kaleng (Kilang  Nanas) pekilang / syarikat  hendaklah mempunyai  kawasan  penanaman  nanas  sekurang-kurangnya  600 hektar  iaitu bersamaan  dengan  1,500 ekar.   Manakala  bagi  kilang  memproses  nanas  kaleng tetapi  tidak  mempunyai  kawasan  penanaman  nanas  akan  didaftarkan  di bawah pendaftaran  Kilang Kecil.
    3.
Pekilang  hendaklah  mempunyai  premis  yang  mematuhi  kehendak-kehendak minimum  bagi  tapak, susun  atur, pembinaan, loji, mesin  dan  kebersihan  sesuatu kilang  sepertimana  terkandung  di dalam Peraturan  Perindustrian  Nanas (Kawalan Kilang  Mengetin) 1959.
    4. 
Pekilang  hendaklah  memenuhi  keperluan-keperluan  kawalan  kualiti  sekurang-kurangnya  Plan  Good  Manufacturing  Practice (GMP).

 

Kaedah  Permohonan

      1. 

Borang  permohonan  boleh  didapati  secara  percuma  Pejabat Bahagian Pelesenan & Inspektorat seperti alamat di bawah :-

    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
    Bahagian  Pelesenan & Inspektorat,
    Wisma Nanas, Jalan Padi Mahsuri,
    Bandar  Baru  Uda,
    81200  Johor  Bahru
    Johor.


    Tel : 07-2361211
    Faks   : 07-2365694


ATAU boleh didapati secara muat turun dari laman web rasmi LPNM di bawah nama tajuk “Borang I (Kilang Nanas)atau Borang IA (Kilang Kecil)” Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Kilang Mengetin) 1959.

    2.
Borang  yang  telah  lengkap  hendaklah  dihantar  ke Pejabat Bahagian Pelesenan & Inspektorat.
    3.
Pendaftaran ini tidak dikenakan sebarang bayaran.

 

Tempoh  Pendaftaran

Tempoh sah laku pendaftaran adalah bermula dari tarikh pendaftaran dan berakhir pada 31hb Mac setiap tahun.

 

Senarai Semak

  • Borang I atau Borang IA
  • Profil Syarikat
  • Salinan Photostat Kad Pengenalan Pemohon (depan & belakang)