warga tani

Penanaman Penanaman

PENANAMAN

Sistem penanaman tunggal atau campuran (kontan) banyak bergantung kepada faktor-faktor ekonomi dan persekitaran.

Setiap sistem disyorkan penanaman dalam susunan barisan kembar dua.

Kepadatan Tanaman

Kepadatan tanaman bergantung kepada objektif perlaksanaan projek, jenis baka dan sistem penanaman.

Pada umumnya, kepadatan tanaman tunggal bagi setiap baka ialah 43,500 pokok/ha atau 17,424 pokok/ek dengan jarak tanaman 90cm x 60cm x 30cm(3'x2'x1')

Tanaman kepadatan tinggi, > pokok/ha (20,000pokok/ek) memenuhi keperluan peningkatan hasil.

Kaedah Menanam

Kayu pancang berentangkan tali atau dawai digunakan sebgai penanda barisan. Tali atau dawai itu berbubuh tanda bagi pengukuran jarak tanaman sepanjang barisan.

Kayu tugal ditugalkan untuk membina lubang tanaman sepanjang rentangan tali. Kedalaman lubang 10-15cm(4-6 inci) adalah disesuaikan dengan saiz benih 30-60cm (1'-2')panjang.

Tanam sulur bersaiz sama di petak yang sama. Satu sulur untukl satu lubang, tanah disekelilingnya dipijak agar sulur berdiri tegak.

Musim Menanam
Keluasan kecil-penanaman pada musim lembab.
Keluasan besar-penanaman pada sepanjang tahun.