awam

Pemprosesan Nanas Kaleng Pemprosesan Nanas Kaleng

 

 Proses Penerangan
Penerimaan Buah Nanas Buah nanas diterima dari ladang & pekebun kecil.
Buah di timbang dan di bawa ke kawasan pemunggahan untuk di gred.
Pencucian Buah di masukan ke dalam tangki pencucian khas yang berisi air bersih. Buah nanas kemudianya di bawa keluar menggunakan konveyor yang dilengkapi dengan sistem semburan air untuk tujuan pembilasan
Pemeriksaan & Penggredan Buah nanas diperiksa dan dig red kepada 3 gred utama mengikut saiz.
Pengupasan & Pembuangan Empulur Buah yang telah dig red dikupas dan dibuang empulur menggunakan mesin "Kwong Nam". Nanas yang telah dikupas kemudiannya diperiksa bagi membuang saki baki sisa kulit dengan menggunakan pisau. Kemudian buah-buah nanas tersebut di salurkan ke "Slicing Machine" dan "Resizing Machine" untuk pelbagai bentuk potongan.
Pengisian Nanas dan Pengsirapan Potongan buah nanas dimasukkan kedalam tin dan kemudiannya di bawa ke mesin sirap. Larutan sirap dengan pekatan yang telah ditetapkan disediakan berasingan dan diisikan kedalam tin yang berisi dengan kepingan nanas dengan menggunakan "syruping mechine".
Pengahudaraan (Exhausting) Selepas pensirapan, tin yang berisi kepingan nanas dilalukan ke dalam "exhausting box" untuk membuang udara yang terperangkap pada suhu 70'c-80'c selama 7-10 minit bergantung kepada saiz tin yang digunakan. Ini adalah bagi mewujudkan suatu keadaan vakum
Pengkeliman Selepas melalui "exhausting box" tin-tin berkenaan akan melalui "seaming machine" dan ditutup secara "harmetically seal" (kedap udara).
Pensterilan Tin-tin yang bertutup kemudiannya disterilkan di dalam "Sterillization Machine" pada suhu 105'c selama 30 minit.
Penyejukan & Pengeringan Tin-tin yang telah disterilkan akan melalui mesin penyejukan pada suhu 40-44°e dan kemudiannya dikeringkan menggunakan "blower".
Penyimpanan Produk-produk yang telah siap disusun di atas pallet akan disimpan selama dua (2) minggu untuk memastikan kestabilan produk tersebut serta bebas dari kontiminasi oleh mikroorganisma semasa pemprosesan dan pengendalian.