industri

Pemasaran & Promosi Pemasaran & Promosi

Bahagian ini bertanggungjawab dalam memberi sokongan kepada bahagian-bahagian lain di bawah LPNM dalam membuat perancangan aktiviti-aktiviti LPNM dengan membekalkan maklumat serta data-data terkini industri. Bahagian ini juga berperanan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan pasaran dan promosi untuk memastikan syer pasaran nanas segar dan kaleng dapat dipertingkatkan atau dikekalkan di mata dunia.

      1.  Memberi sokongan kepada bahagian-bahagian lain dalam menyediakan perancangan dan kaji selidik awalan sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti
 
    2.  Bertindak sebagai penyelaras bagi kerja-kerja penyediaan dalam kertas kerja projek-projek pembangunan LPNM untuk dihantar ke agensi pusat.
 
    3.  Menyediakan laporan-laporan kemajuan pelaksanaan program-program pembangunan dan membuat penilaian ke atasnya
 
    4.  Menyediakan maklumat-maklumat dan perangkaan mengenai data industri nanas yang terkini dan untuk kegunaan pengurusan
 
    5.  Bertanggungjawab mengenai pembangunan di dalam aktiviti-aktiviti promosi nanas kaleng dan nanas segar
 
    6.  Bertanggungjawab mendaftar dan mengeluarkan sijil pengeksport kepada agen pengeksport nanas bagi tujuan mengeksport produk-produk nanas ke luar negara