warga tani

Lawatan Teknikal dan Pengumpulan Maklumat Lawatan Teknikal dan Pengumpulan Maklumat

Tujuan

Memberi pendedahan kaedah terkini secara terus kepada pengusaha dan anggota supaya dapat melihat dengan lebih dekat keadaan sebenar pelaksanaan kerja-kerja penanaman nanas dan industri yang berkaitan dengan nanas.

Skop Perkhidmatan

a) 
Untuk memastikan pengusaha nanas mendapat manfaat sepenuhnya ilmu yang diperolehi daripada lawatan sambil belajar ini melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman di dalam Amalan Pertanian Baik.
b) Memberi pendedahan mengenai kaedah terkini dan teknologi yang digunakan dalam pelaksanaan kerja penanaman nanas yang dilakukan oleh pengusaha nanas yang berjaya.
c) Memperkenalkan potensi industri nanas kepada pengusaha nanas.

 

Objektif

Memberi pendedahan kepada penanam-penanam nanas melalui lawatan tinjauan teknologi ke sektor-sektor yang terlibat dengan industri nanas dalam dan luar Negara untuk memberi kefahaman tentang teknologi penanaman yang lebih berkesan dan merangsang kepada perubahan sikap ke arah petani maju

Kelayakan permohonan perkhidmatan

a) 
Terbuka kepada pekebun nanas yang sudah berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia;
b) Pekebun yang telah mengikuti Kursus Teknologi Tanaman Nanas anjuran Bahagian Pengembangan Dan Khidmat Teknikal

 

Kaedah Permohonan

a) 
Pekebun nanas yang berdaftar boleh mendapatkan maklumat di bahagian cawangan negeri masing-masing dengan mengisi borang yang telah disediakan; dan
b) Berhubungan dengan Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal, Unit Lawatan Teknikal dan Statistik (Pn. Hidayah) di alamat berikut:-

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal,

No. 42-01, Jalan Padi Emas 2,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2388197
Fax: 07-2388169