warga tani

Latihan / Kempen / Penerbitan / Pendaftaran Latihan / Kempen / Penerbitan / Pendaftaran

1. Kempen

Tujuan

Untuk menarik minat dan memberi galakan kepada pekebun kecil, bakal pengusaha nanas atau individu yang berminat untuk mengusahakan tanaman nanas melalui kempen Rancangan Tanaman Baru (RTB) atau Rancangan Tanaman Semula (RTS) yang ditawarkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Skop Perkhidmatan

Memberi penerangan dan pendedahan maklumat mengenai Rancangan Tanam Baru (RTB) dan Rancangan Tanam Semula (RTS) kepada pekebun, pengusaha atau individu yang berminat untuk menjalankan projek penanaman nanas dengan lebih sistematik mengikut pemindahan teknologi yang disyorkan.

Objektif

i) Menggalakkan lebih ramai pengusaha nanas terlibat dalam tanaman nanas;
ii) Menyebarkan maklumat berkenaan pembukaan insentif bantuan tanaman nanas yang diberikan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia;
iii) Menarik minat pengusaha nanas untuk menjalankan tanaman nanas dan menjadikan sebagai satu sumber pendapatkan.

 

Kelayakan

Terbuka kepada individu, bakal pengusaha dan pengusaha nanas yang berminat untuk menjalankan aktiviti penanaman nanas.

Kaedah Permohonan

Individu, bakal pengusaha dan pengusaha nanas yang berminat boleh berhubung terus dengan pegawai kawasan mengikut pejabat negeri atau berhubung dengan Unit Latihan, Kempen, Penerbitan dan Pendaftaran, Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal seperti alamat berikut:-

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal,
No. 42-01, Jalan Padi Emas 2,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2388197
Fax: 07-2388169

 

 

Mukasurat: 1  2  3  4  5