warga tani

Kursus Pemindahan Teknologi Tanaman Nanas dan Pembangunan Insan Kursus Pemindahan Teknologi Tanaman Nanas dan Pembangunan Insan


Tujuan

Memberi perkhidmatan dan bimbingan melalui proses Transfer of Technology (TOT)  daripada penyelidik yang diiktiraf kepada pegawai, pengusaha dan bakal pengusaha nanas seluruh Malaysia berkaitan Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang bermutu dan berkualiti yang diakui diperingkat dunia.

Skop Perkhidmatan

a) 
Memberi bimbingan kepada pegawai dan pengusaha nanas seluruh negara untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang bermutu dan berkualiti dengan cara memindahkan teknologi tanaman nanas yang terkini dan diakui pihak penyelidik kepada pegawai dan pengusaha nanas.
b) Meningkatkan pendapatan pengusaha nanas sehingga melepasi dua (2) kali garis kemiskinan.
c) Memaksimumkan penggunaan tanah dengan kepadatan tanaman nanas agar pengeluaran hasil nanas dapat ditingkatkan bagi melepasi 25 tan seekar bagi satu pusingan tanaman.

 

Objektif

a) 
Meningkatkan tahap teknologi  selaras dengan Good Agriculture Practice (GAP) kepada penanam – penanam nanas;
b) Memberi nasihat dan bimbingan kepada penanam nanas diperingkat kebun (in-situ) melalui Pegawai Kawasan dan Pegawai Pengembangan;
c) Melaksanakan seminar, kursus Transfer of Technology (TOT) dan pembangunan insan kepada penanam dan pengusaha nanas untuk mencapai piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM);

 

Kelayakan

Terbuka kepada pengusaha dan bakal pengusaha tanaman nanas yang ingin bergiat dalam industri nanas sama ada telah terlibat atau belum dengan skim bantuan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Mukasurat: 1  2