awam

KRONOLOGI INDUSTRI NANAS KRONOLOGI INDUSTRI NANAS

1888 - 1900 1888 - Nanas mula diperkenalkan ke Malaya oleh orang Eropah
1890 - Industri Pengkalengan Bermula
1895 - Nanas bertapak di Malaya
1900 - Penanaman Nanas varieti Singapore Spanish, Nanas Sarawak dan Nanas Moris
1901 - 1940 1904 - Eksport Nanas Kaleng pertama Malaya sebanyak 450,000 peti piawa
1921 - Penanaman nanas berkembang pesat di Johor dan ditanam secara seliangan di ladang-ladang Getah
1931 - Johor merekodkan keluasan tanaman nanas terbesar iaitu 16,000 ekar, Selangor 4,000 ekar dan Singapura 2,000 ekar
1932 - Penanaman nanas secara tunggal diperkenalkan
1936 - Jumlah keluasan tanaman nanas meningkat kepada 70,000 ekar
1938 - Penubuhan Central Board Pineapple Packers untuk menyusun semula industri nanas negara
1939 - Pewujudan Stesyen Penyelidikan Nanas kaleng di Jalan Skudai bagi mejalankan kuasa Pineapple Industri Ordinan
1941 - 1960 1941 - Tanah Melaya menjadi pengeksport nanas ke tiga terbesar dunia dengan kuantiti eksport 61,800 tan metrik
1947 - Penubuhan The Johore Pineapple Committee bagi memulihkan industri nanas susulan daripada kemerosotan industri disebabkan oleh kekurangan teknologi dan kepakaran. Antara strategi yang diperkenalkan adalah mewajibkan kilang-kilang nanas mempunyai ladang sendiri dengan keluasan minima 1,500 ekar
1951 - Pewartaan Pineapple Industri Ordinance dan Stesen penyelidikan Nanas, Alor Bukit, Pekan Nanas, Johor di tubuhkan.
1955 - Penubuhan Pineapple Joint Industri Council (PJIC) bagi mengawsi industri dan berperanan sebagai sebuah Agensi Badan Berkanun
1957 - Rang Undang-Undang Lembaga Perusahaan Nanas Tanah (LPNTM) Melayu diluluskan bagi mengantikan PJIC. Penubuhan LPNTM berperanan untuk mengawal dan memajukan industri nanas negara.
1959 - Industri nanas menghadapi krisis penurunan harga buah di bawah kos pengeluaran kesan daripada penurunan harga nanas kaleng di pasaran dunia. Susulan daripada peristiwa tersebut “Royal Commission of Enquiry” yang dilantik oleh Dipertuan Agong Malaya dan DiPertua Negara Singapura di bentuk dan bertanggungjawab untuk mengkaji kedudukan industri nanas termasuk krisis harga, pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran.

Mukasurat: 1  2