warga tani

Kebun Contoh Dan Khidmat Teknikal Kebun Contoh Dan Khidmat Teknikal

Tujuanz

Merupakan satu model tanaman nanas yang diiktiraf oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia yang boleh dicontohi oleh pengusaha nanas dalam mengusahakan tanaman mereka.

Skop Perkhidmatan

a) 
Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada pekebun-pekebun kawasan setempat dan meningkatkan pengetahuan mengenai teknologi tanaman nanas.
b) Meningkatkan pendapatan pekebun nanas dengan teknologi yang disalurkan melalui kebun contoh.
c) Kebun contoh boleh digunakan sebagai satu lokasi untuk lawatan sambil belajar pekebun luar kawasan untuk berkongsi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam mengusahakan tanaman nanas.
d) Dapat merapatkan hubungan di antara pekebun nanas setempat dengan kakitangan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

 

Objektif

a) 
Menilai tahap pengetahuan dan penerimaan pemindahan teknologi kepada penanam dan pengusaha nanas;
b) Meningkatkan tahap teknologi selaras dengan Good Agriculture Practice (GAP) kepada penanam – penanam Nanas;
c) Menggalakkan kerjasama antara pengusaha-pengusaha nanas kawasan setempat dalam perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman;
d) Menggalakkan pengusaha nanas mengaplikasi teknologi yang disarankan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

 

Mukasurat: 1  2