warga tani

Kebun Contoh Dan Khidmat Teknikal Kebun Contoh Dan Khidmat Teknikal

Kelayakan

Terbuka kepada pengusaha nanas yang berpengalaman dan mempunyai kawasan serta dapat memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia seperti berikut:-

a) 
Kebun yang berhampiran dengan jalan (boleh dilalui kenderaan seperti lori, bas dan lain-lain);
b) Boleh menerima pelawat dalam dan luar negara untuk melawat kebun;
c) Mempunyai tenaga kerja untuk menguruskan kebun mengikut jadual pengurusan (time series);
d) Menanam baka nanas dan jarak tanaman yang dicadangkan oleh Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia;
e) Kebun sentiasa dalam keadaan bersih dan sempurna;
f) Sentiasa mematuhi cadangan dari Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dari semasa ke semasa;
g) Tidak menerima bantuan dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia atau agensi lain.

 

Kaedah Permohonan

Individu yang berminat untuk menyertai Program Kebun Contoh dan Khidmat Teknikal boleh mendapatkan Borang Permohonan Kebun Contoh dari Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal seperti alamat berikut:-

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal,

No. 42-01, Jalan Padi Emas 2,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2388197
Fax: 07-2388169

Mukasurat: 1  2