awam

Jawatan Kosong Jawatan Kosong

mpib

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
(KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI)


IKLAN JAWATAN KOSONG
PENERBIT RANCANGAN GRED B29
PEKERJA SAMBILAN HARIAN

 

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara SAMBILAN sebagaimana berikut ;

  1. JAWATAN                               :       PENERBIT RANCANGAN GRED B29
  2. TARAF JAWATAN                   :       SAMBILAN
  3. KADAR UPAH                         :        GAJI HARI/RM 72.00 SEHARI
  4. TEMPOH PERKHIDMATAN    :        3 Bulan
  5. KEKOSONGAN                        :        1 Kekosongan
  6. PENEMPATAN                         :        Unit Komunikasi Korporat
  7. SYARAT LANTIK

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan;
  • diploma dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
  1. DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab membuat rakaman, video-video pendek dan grafik berkaitan industri nanas bagi setiap program LPNM.  Menjalankan tugas memungut, menyunting, merekod dan memproses video lain-lain tugas yang diarah dari masa ke masa.

  1. NOTA
  • Keutamaan calon;
    • Biasa mengendalikan rakaman & suntingan video
    • Berkebolehan menghasilkan video yang menarik dan interaktif
    • Mempunyai lessen memandu dan kenderaan sendiri
  1. CARA MEMOHON
    1. Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui laman web Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia http://www.mpib.gov.my
    2. Borang Permohonan hendaklah dilengkapkan dengan sesalinan yang telah disahkan dan dikepilkan serta disusun mengikut turutan :
      • Salinan sijil kelahiran;
      • Salinan kad pengenalan;
      • Salinan lesen memandu (kelas pemandu dan tarikh tamat tempoh)
      • Salinan sijil tamat persekolahan
      • Salinan kelayakan akademik
    3. Pemohon dikehendaki menulis/menyatakan PEKERJA SAMBILAN HARIAN pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat.
    4. Hanya calon yang melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
    5. Permohonan yang tidak menerima jawapan selapas satu (1) bulan dari tarikh iklan tutup hendaklah mengangap tidak berjaya dan tiada makluman bersurat/lisan dikeluarkan.
    6. Segala perbelanjaan untuk urusan permohonan dan temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
    7. Permohonan hendaklah sampai ke alamat di bawah sebelum atau pada 25 September 2017 (Isnin) ;

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(U/P    : Bahagian Khidmat Pengurusan )