awam

FIBER BOARD FIBER BOARD

PENGHASILAN KOMPOSIT SERAT RINGKAS TERBIODEGRADASI DARIPADA KULIT NANAS

 

PENGENALAN
 

Sisa nanas merupakan hasil sampingan daripada industri pemprosesan nanas yang terdiri daripada pulpa dan kulit. Kulit nanas kaya dengan kandungan cellulose dan hemicellulose serta karbohidrat. Berdekad lamanya, kita ketahui bahawa bahan berselulosa penting untuk memberi sifat mekanikal komposit yang baik berbanding dengan bahan tanpa selulosa. Kini bahan termoplastik semakin meluas digunakan untuk pelbagai aplikasi. Termoplastik komposit dari bahan semulajadi juga dikatakan mempunyai potensi tinggi untuk menggantikan bahan asas kayu-kayan pada masa akan datang. Strategi di sebalik pendekatan ini adalah untuk membangunkan bahan baru daripada serat kulit nanas yang dikukuhkan oleh kandungan poythelene yang berkepadatan tinggi tanpa mengorbankan ciri-ciri diingini yang mengandungi komponen terbiodegradasi daripada sisa yang mudah urai dan selamat untuk alam sekitar dan mampu menjimatkan kos. Dalam kajian ini, kulit nanas akan digabungkan dengan polythelene untuk membentuk komposit baru. Kajian terhadap pencirian, morfologi, mekanikal dan kandungan terma akan dilakukan untuk menghasilkan bahan pembungkusan dengan fiber tinggi.


 

pengenalan

KEBAIKAN
 

  • Tetulang yang baik, bagi meningkatkan sifat-sifat mekanikal
  • Mesra alam dan boleh dikitar semula
  • Dapat mengurangkan keretakan dan serpihan
  • Pengembangan haba yang rendah dan ketahanan yang tinggi
  • Penyelenggaraan yang rendah


 

imej 1 imej 2 imej 3

 

Mukasurat: 1  2