warga lpnm

KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)

 

Mohd Khairuzamri Bin M Salleh

 

Nama : Mohd Khairuzamri Bin M Salleh
Jawatan : Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan)
Emel : zamri@mpib.gov.my
Tel : 07-2361211
Faks : 07-2365694/5451

 

PERUTUSAN CIO LPNM

 

Bagaimana hangatnya mentari yang bersinar dan terbit dari ufuk timur begitulah hangatnya kami menyambut dan mengucapkan selamat datang ke Laman Web Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Saya amat berbesar hati  dan menaruh harapan yang tinggi agar pelayar laman web LPNM ini  dapat memperoleh maklumat yang berguna selari dengan objektif laman web ini di bina iaitu  membekalkan informasi kepada semua pihak khususnya yang memegang kepentingan di dalam industri nanas Negara.  Dengan demikian,  selain memuatkan maklumat berkaitan industri nanas Negara serta fungsi dan peranan LPNM, ia juga menyediakan ruang kepada pelanggan untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan industri nanas sekaligus memberikan pandangan membina kepada LPNM untuk  membaiki sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan.

Sebagaimana yang disentuh dan diungkapkan oleh YB Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani sempena perutusan tahunan 2016 yang lalu, kesan globalisasi di mana perkembangan teknologi dan metodologi baru, persaingan, keperluan piawaian, permintaan pelanggan, dan polisi yang dikenakan oleh badan dunia memaksa organisasi mengubah cara merancang, mengawal, dan membuat keputusan untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang kompetatif. Terma seperti data driven decision making  yang dibangkitkan juga menjadi cabaran paling besar kepada semua jabatan dan agensi di bawah MOA untuk berusaha lebih tuntas bagi memastikan maklumat serta data dapat diuruskan dengan sistematik sekaligus mampu menjadi input yang baik dalam membuat keputusan. Dengan demikian, organisasi perlu merangka perancangan bersepadu yang merangkumi polisi, struktur organisasi, aplikasi dan teknologi untuk meningkatkan pengurusan pengetahuan yang bertujuan untuk meningkat mutu proses membuat keputusan.

Saya yakin laman web LPNM boleh dijadikan saluran komunikasi dua hala yang berkesan bagi membantu kerajaan meningkatkan kesedaran awal dan menyampaikan maklumat yang tepat berhubung isu-isu yang timbul khususnya di dalam ruang lingkup industri nanas Negara.

Akhirnya segunung harapan tersemat di dalam jiwa bahawa  melalui penggunaan laman web ini, LPNM dapat menyumbang merealisasikan agenda kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian yang akhirnya menjurus kepada pembuatan keputusan yang tepat dan pantas demi memertabatkan sektor pertanian Negara dan industri nanas Negara secara khusus. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan yang terbit dari kepekaan  pengunjung-pengunjung untuk penambahbaikan kandungan laman ini dari masa ke semasa.

Selamat melayari laman web LPNM.

Sekian, wassalam.

 
Tarikh Kemaskini : 28 September 2017