warga lpnm

Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi (BPPB) Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi (BPPB)

E. OBJEKTIF UNIT-UNIT BAHAGIAN PEMBANGUNAN PRODUK DAN BIOTEKNOLOGI

        UNIT PEMBANGUNAN PRODUK
          
  •  
Memperkukuhkan aktiviti pemprosesan berasaskan nanas dan mengembangkan kepelbagaian produk-produk industry nanas melalui program 'product diversity'.
         
  •  
Meningkatkan daya saing produk dengan mengenalpasti tumpuan produk melalui pengkelasan 'convenient food', 'functional food' dan 'food ingredients'.
         
  •  
Menjadikan produk keluaran PKS mempunyai nilai dan bersifat global supaya dapat memenuhi kriteria pengguna, khususnya di luar negara.
 
        UNIT MAKMAL KAWALAN
         
  •  
Meningkatkan kualiti produk melalui pembangunan spesifikasi yang menepati persijilan antarabangsa dan seterusnya meningkatkan imej selaras dengan produk keluaran antarabangsa.
         
  •  
Menjamin kualiti produk-produk industri berasaskan nanas berada pada tahap yang memuaskan iaitu mengandungi bahan-bahan asli yang baik/tidak dicemari oleh mikrobiologi/logam berat berdasarkan kepada Akta Makanan Malaysia 1985 dan Standard Codex Alimentarious.
         
  •  
Menambahbaik teknologi analisis makmal sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi
         
  •  
Membolehkan kemasukan produk-produk usahawan ke pasaran premium melalui konsep persembahan dan kualiti yang diperlukan oleh pasaran.
 
        UNIT BIOTEKNOLOGI
         
  •  
Membiak dan memulihara benih nanas sedia ada yang semakin pupus dengan menggunakan teknik tisu kultur dalam pembiakan benih nanas.
         
  •  
Menjalinkan kerjasama dengan institusi/agensi bioteknologi tempatan dan antarabangsa khususnya dalam menghasilkan penemuan-penemuan baru produk-produk industri
         
  •  
Mempelbagaikan dan meningkatkan kualiti produk nanas dengan menggunakan teknologi baru dengan kadar kos yang optimum.

 

Mukasurat: 1  2  3  4  5