awam

BAJA BIO-ORGANIK BAJA BIO-ORGANIK

PEMBANGUNAN BAJA BIO-ORGANIK DARI SISA BUANGAN NANAS MENGGUNAKAN TEKNOLOGI EFFECTIVE MICROORGANISMS (EM)

 

PENGENALAN
 

Produk yang terhasil daripada sisa nanas yang telah diolah menjadi baja Bio-organik (BOF). Sepanjang pengetahuan penulis, ianya belum pernah dilaksanakan di Malaysia sebelum ini. Bahan buangan yang dihasilkan dari ladang nanas selepas penuaian adalah seperti daun, kulit, akar dan tunggul pokok. Secara purata 40% mewakili buah nanas daripada keseluruhan pokok nanas dan 60% w/w adalah sisa ladang nanas. Justeru itu, kelebihan kitar semula sisa ladang nanas membawa kebaikan seperti berikut :

i) Tiada pembakaran terbuka diperlukan untuk pelupusan sisa,
ii) Sumber nitorgen daripada sisa kilang itu boleh kembali semula ke tanah,
iii) Penggunaan racun kimia tidak lagi digunakan,
iv) Mesra alam sekitar.

Oleh itu, ia adalah pilihan yang mampan untuk menggunakan sisa nanas sebagai bahan mentah untuk BOF. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kualiti BOF dihasilkan dalam rumusan produk yang berbeza.

 

METODOLOGI
 

Jadual 1 menunjukkan pembentukan asas yang dikenali sebagai Formula Satu, iaitu untuk pembangunan BOF daripada asas nanas. Formula Satu telah dimasukkan sisa nanas sebagai sumber karbon (C), bran beras sebagai (M) sumber mineral, tinja puyuh sebagai (N) sumber nitrogen, molases sebagai sumber glukosa, Effective Mikroorganisms (EM) sebagai ejen pengurai dan air sebagai sumber oksigen. Sebagai perbandingan, formula yang berbeza telah dibangunkan, iaitu Formula B. Dalam Formula B, sebanyak 10% w/w sekam padi terbakar telah ditambah. Tujuan menambah sekam padi adalah untuk meningkatkan kalium, K dalam BOF Senarai untuk Formula B seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2. Prosedur Operasi Standard(SOP) bagi penyediaan BOF dijadualkan dalam jadual 3 dan setiap langkah-langkah yang ditunjukkan dalam rajah 1-7.
 

Jadual 1 : Senarai Bahan Mentah Formula A

 

BAHAN MENTAH JUMLAH (kg/L) PERATUS (%) w/w
Sisa Nanas 75 kg 75
Sekam Padi 10 kg 9.5
Tinja Puyuh 10 kg 9.5
Molases 3L (3 kg) 3
EM Solution 3L (3 kg) 3
Air 18 L -
TOTAL 101 kg 100%

 

Mukasurat: 1  2  3  4