warga lpnm

Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman (BPPT) Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman (BPPT)

LATAR BELAKANG


Semenjak tahun 1971 Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman diwujudkan bagi menjalankan salah satu fungsi LPNM melalui projek penanaman nanas sama ada pemberian geran bantuan atau pemberian insentif tanaman nanas. Perlaksanaan program tersebut adalah mengikut Akta Perindustrian Nanas 1957 dibawah Peraturan-Peraturan Perindustrian Nanas (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun-Pekebun)1991[Pindaan 2011]. Usaha untuk memperluaskan kawasan tanaman nanas di kawasan baru yang berpotensi terutama tanah mineral merupakan salah satu strategi meningkatkan pengeluaran buah nanas berbanding sebelum ini lebih tertumpu di tanah gambut terutama di kawasan IADP Johor Barat. Walau bagaimanapun usaha tetap dijalankan untuk memperkukuh dan mengekalkan di kawasan sedia ada terutamanya di negeri Johor melalui pemberian insentif Rancangan Tanaman Semula (RTS) kepada pengusaha-pengusaha yang menjalankan aktiviti penanaman nanas untuk pusingan kedua dan seterusnya setelah menerima insentif Rancangan Tanam Baru (RTB). Program bermula seperti berikut :-
 

  1. Pewartaan pembukaan permohonan.
  2. Pemberitahuan pembukaan permohonan dan penerimaan borang permohonan.
  3. Proses permohonan (kelulusan akan diberikan kepada permohonan yang telah memenuhi kriteria ditetapkan seperti status pemilikan tanah jelas atau mendapat kebenaran pemilik tanah)
  4. Proses bekalan bahan input pertanian termasuk bahan tanaman sekiranya layak dan mengikut prosedur bekalan yang ditetapkan LPNM.
  5. Laporan produktiviti dan hasil pengeluaran.


Selain daripada itu Bahagian ini juga bertanggungjawab terhadap program pengembangan dan khidmat teknikal yang merupakan salah satu program yang telah dilaksanakan sejak tahun 1971. Fokus utama program ini adalah melaksanakan pemindahan teknologi kepada golongan sasar, melaksanakan program pembangunan insan dan menjalankan khidmat perundingan kepada industri. Program ini diadakan bagi membantu dan mendidik para pekebun kecil dan pengusaha nanas mempertingkatkan ilmu teknologi dan pengurusan tanaman nanas bermula daripada teknik-teknik penyediaan tapak, kaedah menanam yang betul, pemilihan benih bermutu, kawalan rumpai dan penyakit sehingga teknologi lepas tuai bersandarkan Amalan Baik Pertanian (ABP).
 

Pemindahan teknologi ini dilaksanakan kepada golongan sasar bertujuan untuk meningkatkan produktiviti terutama kepada pengusaha-pengusaha baru mahupun pengusaha persendirian untuk menyertai Rancangan Tanaman Baru. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan tanaman nanas yang dijalankan di kalangan pengusaha nanas melalui penggunaan teknologi yang betul dan input pertanian yang berkesan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengeluaran nanas yang bermutu dan meningkatkan taraf sosioekonomi pengusaha nanas di negara ini.


VISI
 

Memperkasa Industri Penanaman Nanas Malaysia Yang Mapan Dan Berdaya Saing Di Peringkat Tempatan Dan Antarabangsa.


MISI
 

  • Meningkatkan Pengeluaran Nanas Negara.
  • Meningkatkan Pendapatan Penanam Nanas.
  • Penghasilan Nanas Yang Berkualiti Dan Selamat Dimakan.
  • Meningkatkan Kesedaran Penanam Nanas Terhadap Amalan Pertanian Baik (APB) Dalam Melaksanakan Penanaman Nanas.
  • Menyalurkan Teknologi Tanaman Nanas terkini secara berterusan kepada pengusaha nanas negara.
  • Melahirkan pengusaha nanas yang berdaya maju dan berdaya saing diperingkat tempatan dan antarabangsa.


MOTO
 

Menjadi Yang Terbaik Adalah Komitmen Kami.
"Being The Best Is Our Comitment"


DASAR KUALITI
 

Dalam usaha meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Kami  Anggota Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman komited menyalurkan insentif tanaman, pengetahuan dan bimbingan dengan efisien serta secara berterusan kepada pengusaha nanas bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan.

 

Mukasurat: 1  2  3