warga tani

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TANI BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TANI

Bahagian ini bertanggungjawab untuk membangunkan usahawan di bidang pemprosesan makanan yang menekankan kepada peningkatan kualiti produk agar dapat bersaing ke pasaran global. Penekanan juga diberikan kepada aktiviti pemprosesan atau nilai ditambah dan membangunkan usahawan Industri Asas Tani Nasional yang berdaya saing melalui Program Usahawan Industri Asas Tani Nasional yang bersepadu ke arah peningkatan pendapatan usahawan.

      1.  Memberi latihan kepada usahawan dan bakal usahawan teknik-teknik pemprosesan produk berasaskan nanas.
 
    2.  Memberi pendedahan kepada bakal usahawan suasana pemprosesan produk yang positif.
 
    3.  Melahirkan usahawan berskala sederhana (PKS) yang mampu dan berkeupayaan menembusi pasaran antarabangsa melalui produk yang bermutu tinggi dan menepati piawaian antarabangsa.
 
    4.  Melahirkan usahawan yang bermaklumat, berdikari dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.
 
    5.  Membangunkan suatu produk yang bermutu tinggi dari segi kualiti produk dan penampilannya.
 
    6.  Mempertingkatkan  mutu dan penampilan nanas segar Malaysia supaya dapat bersaing dan diterima pasaran dunia.