awam

Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN) Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN)

OBJEKTIF

1. Sebagai tempat rujukan atau Transfer Of Technology (TOT) kepada pelabur, pengusaha tanaman nanas, agensi-agensi kerajaan, parawisata/ pelancong dan pelajar IPTA/IPTS dari segi teknologi dan teknikal penanaman nanas terutamanya di atas tanah gambut.
2. Untuk memenuhi permintaan dan keperluan benih nanas untuk dibekalkan ke seluruh Malaysia. Baka nanas yang dibekalkan pada masa kini adalah N36 , Josapine dan baka-baka yang berpotensi untuk pasaran dalam dan luar negara.
3. Sebagai lokasi petak pengamatan tanaman nanas atau petak percubaan/demonstrasi yang berkonsepkan perkongsian pintar dengan pihak penyelidik berkaitan kajian teknologi penanaman, model penanaman, penambah baikan baka, penggunaan input pertanian baru dsb.
4. Mewujudkan pusat pengumpulan pelbagai variety nanas (petak janaplasma) dan petak verifikasi baka nanas dari wilayah serantau dan seluruh dunia.
5. Sebagai Pusat Agro-Tourism berasaskan nanas yang mempunyai lingkaran pelancungan (tourism belt) yang menarik dan bernilai komersial. Produk-produk Agro-tourism yang telah dikenalpasti termasuk homestay, muzium nanas, IKS nanas, jungle tracking, mountain bike dsb.
6. Sebagai pusat yang terunggul dalam penghasilan baja Bio-organik dengan teknik EM (Effective Microogranisme) daripada sisa tanaman nanas.

 

FUNGSI BAHAGIAN

  Merancang dan melaksanakan aktiviti pembiak bakaan benih nanas, mewujudkan petak pengamatan, penyelidikan dengan usahasama agensi penyelidikan, pengurusan ladang, tapak semaian, pengumpulan pelbagai jenis baka dan varieti nanas serta membangunkan Pusat Agropelancongan.


MAKLUMAT KEDUDUKAN PERJAWATAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI NANAS

BIL  PERKARA GRED BIL.JAWATAN ISI KOSONG JUMLAH
1.  Kumpulan Pengurusan & Profesional 41 - 54 3 3 0 3
2.  Kumpulan Sokongan I 27 - 38 8 7 1(Gred 32) 8
3.  Kumpulan Sokongan II 17 - 26 7 7  0 7
4.  Kumpulan Sokongan III 1 - 16 40 40 0 40
JUMLAH KESELURUHAN 58 58 1 58

 

Mukasurat: 1  2  3  4