awam

Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN) Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN)

LATAR BELAKANG

 

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia melalui pembentukan Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN) adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada pembangunan industri nanas di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti. Sokongan yang dimaksudkan adalah sebagai pusat pembiakan dan pengeluaran benih nanas (sulur nanas). Di samping itu, BPTN merupakan suatu pusat rujukan kepada teknologi tanaman nanas dan verifikasi kepada teknologi baru di dalam tanaman nanas melalui petak percubaan usahasama dengan pihak-pihak penyelidik dari segi agronomi dan penambah hasil daripada bahan sisa nanas.
 

Pusat Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas terbahagi kepada 4 sub projek mengikut lokasi iaitu Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN) di Alor Bukit , Pekan Nanas Johor merupakan pusat utama BPTN, diikuti Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN) Sg. Tong, Setiu Terengganu. Pengurusan dan perlaksanaan setiap BPTN meliputi Pembangunan teknologi, Pembiakan Benih, Pembangunan /Penyelenggaraan dan Pembinaan Bangunan Pejabat serta Kuarters.

 

POLISI KUALITI

  BPTN beriltizam secara berterusan dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan mewujudkan transformasi pertanian melalui program penyelidikan, pembangunan penanaman dan pemindahan teknologi

 

MISI

  Muncul sebagai Pusat rujukan utama Model Pembangunan Industri Nanas atas tanah gambut di peringkat Global yang mempunyai rantaian industri yang sempurna dari teknologi penanaman, lepas-tuai, pemprosesan industri huluan dan hiliran sehingga industri pelancongan tani.

 

VISI

  Memberikan sumbangan dan sokongan kepada pembangunan industri nanas khususnya aktiviti semaian benih, sebagai rujukan teknologi dan petak ujian/demonstrasi berkaitan kegunaan bahan-bahan input pertanian dan verifikasi baka nanas.

 

Mukasurat: 1  2  3  4