warga tani

Aruhan Pembungaan (Menghormon) Aruhan Pembungaan (Menghormon)

ARUHAN PEMBUNGAAN (Menghormon)

Pokok nanas dalam keadaan biasa mengalami pembungaan sendiri pada 12-18 bulan selepas ditanam.

Beberapa faktor alam sekitar seperti suhu, jangka masa siang hari dan banyaknya sinaran matahari mampu merangsang pengaruhan bunga semula jadi.

Kadar pertumbuhan tampang yang cepat kesan rangsangan pembajaan nitrogen yang berlebihan, pengairan atau hujan akan menghalang pembungaan.

Nanas merupakan tanaman yang peka terhadap bahan-bahan kimia pengawalatur pertumbuhan.

Penggunaan Hormon Pembungaan

Pil NAA
1. 1 biji/pokok
2. Dimasukkan tepat ke dalam pucuk nanas.

Cecair NAA (Planofix)
1. 4.5ml Planofix / 18 l air
2. 50 ml larutan disembur atau dituangkan ke tengah-tengah setiap pokok.

Ethephon (Etherel)
1. 30 ml ETHEREL + 180 g Urea + 18 l air
 2. 40-50 ml larutan setiap pokok. Sembur atau dituangkan ke tengah-tengah pucuk atau semburkan seluruh pokok.

Asetilena (Kalsium Karbaid)
1. 200g Kalsium Karbaid + 18 l air.
2. 50 ml larutan sepokok. Disemburkan atau dituangkan ke tengah-tengah pucuk pokok.

Masa Aruhan
1. Waktu malam adalah masa paling berkesan pengaruhan.
2. Mengikut kesesuaian ialah awal pagi dan lewat petang.

Ciri Kesesuaian Pokok
1. Pokok yang sihat dan subur
2. Mempunyai 35-40 daun segar dan berfungsi
3. 1 bulan selepas pembajaan.

Kejayaan aruhan pembangunan dinilai melalui peratus pembangunan yang terjadi selepas 45 - 60 hari aruhan diberikan.

Pengiraan peratus pembangunan dilakukan apabila pucuk pokok nanas telah mengeluarkan permulaan bunga berwarna merah.