awam

ARANG ARANG

POTENSI SISA BIOJISIM NANAS SEBAGAI BAHAN LESTARI UNTUK PENGHASILAN KARBON TERAKTIF

 

PENGENALAN
 

Aktiviti pertanian merupakan salah satu dari penyumbang utama kepada pendapatan negara. Walau bagaimanapun, aktiviti ini juga telah menjana sejumlah besar bahan buangan yang boleh membawa kepada pencemaran yang serius serta menyumbang kepada kesan "Rumah Hijau". Oleh itu, pengurusan sisa pepejal pertanian yang cekap adalah amat penting. Selain dari langkah pelupusan biasa, sisa ini sebenarnya boleh ditukar kepada bahan-bahan lain yang berguna serta mempunyai nilai ekonomi yang penting. Sisa biojisim nanas contohnya boleh ditukar menjadi arang teraktif melalui kaedah pengaktifan kimia. Di samping aplikasi industri yang pelbagai, eksploitasi biojisim nanas juga boleh menambahkan pendapatan peladang nanas.
 

METODOLOGI
 

metodologi

 

KEPUTUSAN DAN ANALISIS
 

  • Daripada ujian penjerapan bahan pewarna (metilena biru) yang dijalankan selama 24 jam, arang teraktif yang dihasilkan dari batang nanas menunjukkan kapaisiti penyingkiran metilena biru terpantas diikuti oleh daun nanas dan jambul nanas.
     
  • BET analisis luas permukaan menunjukkan bahawa arang teraktif yang dihasilkan daripada daun nanas mempunyai luas permukaan tertinggi di 1002.51m2/g berbanding jambul nanas(954.86m2/g) dan batang nanas (793.68m2/g)
     
  • Keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat potensi yang besar dalam menggunakan sisa biojisim nanas sebagai bahan mentah yang mampan untuk menghasilkan arang teraktif yang murah.
     

Mukasurat: 1  2